Salam semua warga
internet. Diharap kita semua berada dalam lindungan dan peliharaan Allah dalam
semua aspek kehidupan kita.
Pada posting kali ini
saya akan membincangkan jenis-jenis kad perubatan yang ada di pasaran sekarang
ini. Baik daripada syarikat insurans atau pun dari syarikat takaful.
Perkara ini perlu anda
fahami betul-betul. Jangan main redah, ambik jer dan syok sendiri dengan kad
yang dah diambil. Bila ditimpa musibah, baru sibuk nak check itu dan ini.
Masa tu juga ler, baru
nak cari polisi…entah mana simpan pun tak tahu.. termasuk ler saya sendiri
sebelum ini.. he he he..
Ok. Sekarang ini, apa yag dimaksudkan dengan kad standalone dan apa
pula kad perubatan plus takaful keluarga.
Kad perubatan standalone
merupakan kad yang tidak memerlukan anda mengambil kad ini berserta dengan
mana-mana pelan takaful keluarga daripada syarikat pengendali takaful.
Maknanya anda boleh
ambil kad perubatan ini sahaja tanpa perlu memohon mana-mana pelan takaful
keluarga. Kad ini lebih murah kadar bayaran bulanannya dan selalunya ia
bersifat yearly renewal contract. Tang ni anda kena check betul-betul dengan syarikat takaful yang anda mohon.
Yearly renewal contract,
maknaya setiap tahun anda perlu renew kad ini (macam renew insurans kereta).
Ada setengah syarikat pengendali takaful yang mensyaratkan anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap kali
pembaharuan dibuat.
Sekiranya anda sihat
pada tahun tersebut, biasanya tak jadi masalah, kad akan disambung lagi. Tetapi
jika anda dah sakit (anda ada buat claim pada tahun tersebut), masa ini akan
timbul macam-macam masalah untuk anda sambung setahun lagi polisi kad ini.
Ini sama ler kes dengan insurans
kereta… Jika kereta dah berusia (selalunya kereta lama ni ragam nya
macam-macam), syarikat insurans pun tak sanggup lagi nak renew insurans kereta
anda.
Saya sendiri pun ada
masalah nak renew kereta kapcai saya yang dah 30 tahun lebih.. tak semua
company insurans sanggup menerima saya untuk renew insurans kereta saya..
Puas mencari, ada ler
satu company isnurans yang sanggup. Itu pun dikenakan loading yang terus terang
saya katakan agak mencekik darah… Apa nak dibuat, terpaksa renew juga, kalau
tidak, tak boleh bayar roadtax..
Ok. Balik kepada kad
perubatan standalone tadi. Daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini,
selalunya syarikat tidak akan menyambungkan lagi polisi kad ini atau mereka
akan sambung tetapi dengan bersyarat.
Apa syaratnya.?
Syarikat tidak akan
cover ke atas penyakit yang anda sedang hidapi sekarang. Contohnya, Kalau anda
ada masalah blood pressure, syarikat tidak akan cover untuk penyakit yang
berkait dengan blood pressure anda..
Anda perlu tahu term and
condition ini jika ingin mengambil mana-mana kad perubatan yang standalone.. Kad
standalone ini biasanya diambil oleh mereka yang ciput budget bulanan.
Sebagai alternative dengan
masalah yang ada pada kad standalone ini, ada satu lagi kad yang ditawarkan
oleh pengendali takaful atau insurans iaitu kad perubatan plus pelan takaful
keluarga.
Apa itu Kad Perubatan plus pelan takaful keluarga ?
Kad perubatan plus pelan
takaful keluarga merupakan kad perubatan yang MESTI diambil bersama pelan
takaful keluarga yang ditawarkan oleh syarikat takaful.
Setiap syarikat takaful
ada menawarkan pelbagai pelan takaful keluarga.
Jadi maknanya disini,
jika anda ingin memiliki kad perubatan ini, anda mesti mengambil salah satu
daripada pelan takaful keluarga dan kad perubatan ini dijadikan sebagai salah
satu perlindungan tambahan (rider) kepada pelan takaful keluarga yang anda
ambil.
Bila anda ambil pelan
takaful keluarga. Ini bermakna anda sudah mengikat kontrak dengan takaful
sehingga tamat tempoh kontrak anda dengan takaful.
Katakan, jika anda mengambil
tempoh kontrak sehingga 50 tahun dengan takaful, maknanya kad yang anda ambil
juga akan sah sehingga 50 tahun dan tak perlu nak renew lagi setiap tahun. Kad
ini akan sah bersama-sama dengan sahnya pelan takaful keluarga yang anda
ambil.
Anda masih pening kepala
dengan penerangan saya? O.K ini saya bagi ringkasan apa yang saya tulis kat
bahagian atas. Ini dalam bentuk table pula..
No
|
Kad Standalone
|
Kad bersama Pelan Takaful Keluarga
|
1
|
Bayaran bulanan lebih
murah
|
Bayaran bulanan lebih
tinggi berbanding kad standalone.
|
2
|
Kena renew setiap
tahun
Note : yang ni kena check betul-betul degan syarikat takaful anda. Ada setengah company yang sudah tak perlu renew setiap tahun. |
Tak perlu renew setiap tahun lagi.
Akan cover sehingga tamat tempoh kontrak
|
3
|
Tiada langsung
simpanan. Simpanan zero.
|
Sebahagian caruman
bulanan akan dimasukkan ke dalam tabungan simpanan.
p.s Jika anda
mengambil kad ini pada usia di bawah 30 tahun, anda boleh dapat balik 100%
caruman anda bila sampai tempoh matang (tamat kontrak dengan takaful)
|
4
|
Perlindungan terhad.
Tiada pampasan untuk kematian atau cacat kekal.
p.s : Kad hanya
berfungsi semata-mata hanya bila anda warded sahaja.
|
Perlindungan lebih
menyeluruh kerana anda akan dapat kemudahan 3 dalam 1.
i)
Jika berlaku musibah (meninggal atau cacat kekal), pengendali
takaful akan bayar dalam bentuk pampasan
ii)
Jika anda sakit dan warded, anda hanya perlu tunjukkan kad ini
sahaja untuk warded dan segala kos rawatan akan ditanggung oleh takaful.
iii)
Jika ditakdirkan anda sihat dan tak pernah sakit sepanjang
tempoh kontrak, anda akan dapat tabungan simpanan (tiada dalam kad
standalone).
|
5
|
Jika anda sakit dan
pernah warded, anda tidak dijamin untuk tujuan renewal kad pada tahun-tahun
akan datang.
Keputusan sebenar
bergantung kepada syarikat takaful/insurans yang anda ambil.
|
Apa pun terjadi kepada
anda, kad ini akan valid sehingga tamat tempoh kontrak.
|
Jika anda masih confuse dengan penulisan ini, tak ada cara lain. Cuba call/sms saya atau isi jer borang hubungi saya yang ada di bahagian bawah laman ini. Nanti saya akan buat call balik kepada anda.
Kalau nak cepat untuk saya hubungi anda kembali, anda boleh wassap saya directly.
Wassap jangan tak wassap yer....
Wassap Lazim 019-344 2370
Wallahuaklam..