Konsep Takaful


Konsep Asas Yang Perlu Anda Ketahui Berkenaan Takaful

Salam sejahtera,

1) Pada laman ini, saya akan ceritakan perkara-perkara asas yang patut anda tahu berkenaan dengan takaful. Ini penting sebagai ilmu asas yang perlu anda tahu sebelum anda berurusan dengan mana-mana Agent Takaful dari mana-mana syarikat Takaful sekali pun.

2) Setidak-tidaknya anda akan ada sedikit pengetahuan tentang seluk beluk takaful sebelum mendapat konsultasi dari mana-mana Agent Takaful.

3) Penerangan saya dalam laman ini hanya memfokus kepada takaful keluarga sahaja (sebenarnya takaful ada dua jenis, iaitu ‘Takaful Am dan ‘Takaful Keluarga’) .

4) ‘Takaful Am’ adalah yang melibatkan perlindungan ke atas objek yang tidak bernyawa yang disediakan oleh syarikat-syarikat takaful. Contohnya takaful kenderaan, rumah dan juga takaful harta benda.

5) ‘Takaful keluarga’ pula yang melibatkan penyediaan perlindungan dan juga simpanan ke atas individu yang bernyawa dari sekecil-kecil usia 14 hari ke usia 88 tahun. Ini yang akan saya huraikan pada halaman ini.

6) Dalam ‘takaful keluarga’, selain daripada adanya perlindungan tehadap diri pelanggan, ada satu lagi elemen yang tiada dalam ‘takaful am’ iaitu bahagian untuk simpanan.

7) Ini bermakna, caruman bulanan pelanggan ke takaful akan disalurkan sebahagiannya ke dalam akaun simpanan takaful yang mana pelanggan boleh mengeluarkan sebahagian daripada wang ini tanpa perlu menunggu tempoh tamat kontrak dengan takaful.

8) Pengeluaran bahagian simpanan ini tidak akan menyebabkan amaun perlindungan yang dijanjikan kepada pelanggan sebagaimana termeterai dalam kontrak takaful terjejas.

9) Dalam ‘takaful keluarga’, ada dua elemen penting yang patut anda tahu :-
i)  Perlindungan Asas;
ii)  Perlindungan Tambahan.

10) Perlindungan Asas merupakan perlindungan bersifat mandatory (wajib) dan mesti ada di dalam mana-mana pelan takaful keluarga. Ini bermakna, sekiranya anda mengambil mana-mana polisi takaful keluarga, apa yang terkandung dalam perlindungan asas akan secara automatik akan dilindungi kepada pelanggan takaful.

11) Perlindungan tambahan pula merupakan kemudahan yang bersifat optional, yang mana pelanggan boleh memilih jenis perlindungan ini berdasarkan kemampuan dan budget bulanan mereka.

12) Namun begitu, ada dua tiga jenis perlindungan di dalam perlindungan tambahan yang selalunya dicadangkan untuk diambil bersama-sama dengan perlindungan asas supaya pelanggan akan benar-benar dilindungi pada sebarang masa dan keadaan.

Apa yang wajib dan apa yang optional?
1) Bagi menjawab soalan diatas, saya ringkaskan seperti dalam jadual di bawah



Perlindungan Asas
(Wajib)
Perlindungan Tambahan
(Optional)
Kematian Elaun harian hospital
Kecacatan kekal Tabung penyakit kritikal

Pengecualian jika terkena penyakit kritikal

Tabung kemalangan diri

Kad Perubatan Takaful

2) Bagi seorang pelanggan, sebelum anda memohon mana-mana polisi takaful, perkara-perkara asas yang patut (wajib sebenarnya) tahu adalah :-

i) Berapa bayaran sebulan ?
ii) Berapa tahun yang perlu dibayar. Berapa lama kontrak anda dengan takaful sebenarnya ?
iii) Berapa amaun pampasan/perlindungan dalam RM yang akan dilindungi oleh takaful yang melibatkan perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan.
iv) Berapa jumlah simpanan yang terkumpul yang boleh dikeluarkan mengikut tahun caruman.

3) Untuk para pelanggan yang berurusan dengan saya, selalunya saya akan meminta terlebih dahulu maklumat pelanggan bagi membolehkan saya menyediakan kertas cadangan takaful kepada pelanggan-pelanggan saya.

4) Ini kerana penyediaan kontrak takaful berserta jumlah simpanan dan juga perlindungan yang akan disediakan takaful kepada pelanggan akan bergantung kepada :-

i) Umur pelanggan sewaktu memohon polisi takaful untuk ini (untuk ini, tarikh lahir pemohon diperlukan);
ii)  Jenis pekerjaan
iii) Anggaran budget anda atau komitment bayaran dari pelanggan ke takaful
iii)  Tempoh kontrak (tempoh bayaran pelanggan kepada takaful)
iv) Merokok atau tidak?

5)  Bergerak dari maklumat pelanggan di atas, saya akan sediakan apa yang pelanggan akan perolehi (dari segi simpanan, perlindungan asas dan juga perlindungan tambahan) yang akan dijamin daripada pihak takaful kepada mereka.

6) Berikut adalah contoh-contoh kontrak berdasarkan pelan takaful yang telah diambil :-

a) Usia 2 tahun, RM120 sebulan (TN Intelek);
b) Usia 15 tahun, RM150 sebulan (TN Harmoni)
c) Usia 25 tahun, RM150 sebulan (TN Harmoni)


7) Dalam contoh-contoh kontrak di atas, saya telah tunjukkan dengan jelas :-

i)  Jumlah perlindungan asas yang sepatutnya diterima pelanggan
ii)  Jumlah perlindungan tambahan;
iii)  Amaun simpanan mengikut tahun caruman;
iv)    Amaun pampasan kematian mengikut tahun caruman;
v)   36 jenis penyakit kritikal;

8)  Itu adalah sebahagian daripada pelan takaful yang telah saya sediakan untuk pelanggan saya dari berbagai umur dan juga pilihan produk takaful yang ditawarkan oleh Etiqa Takaful.

 Note :
i)  Saya Agent Etiqa, jadi contoh-contoh yang saya berikan dalam kertas cadangan takaful kepada anda adalah berdasarkan apa yang Etiqa berikan.

ii)  Untuk Takaful dari syarikat Takaful lain, anda boleh dapatkan daripada Agent Takaful syarikat berkenaan..


Jika ingin tahu lebih lanjut secara specifik untuk diri anda atau ahli keluarga anda yang lain, sila isikan maklumat diri anda yang saya paparkan di halaman bawah  page ini. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda.

Saya hanya akan sediakan quotation atau kertas cadangan takaful untuk anda yang benar-benar berminat sahaja.

Sekian. Wallahuaklam....






Pelan INTELEK - Pelan Takaful Untuk Anak-anak

 

Laman ini ditujukan khas jika anda :-

  • Mempunyai anak-anak berusia 7 tahun dan kebawah; 
  •  Anak-anak belum mempunyai apa-apa perlindungan takaful dari mana-mana syarikat takaful; 
  •  Ingin memastikan tabungan simpanan untuk anak-anak anda mencukupi sepenuhnya apabila anak anda berusia 18 tahun untuk ke menara gading, walau apa terjadi kepada anda selaku penjaga (ibu/bapa); 
  •  Ingin memastikan anak anda dilindungi takaful andai anak anda ditakdirkan jatuh sakit dan ditahan di wad.; 
  •  Ada cukup risau dan anda tidak pasti sama ada anda masih layak memohon tabung PTPTN atau sebaliknya apabila anak anda ingin ke Universiti 10 tahun akan datang.


 
Jika ya, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini..

Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, Etiqa Takaful memperkenalkan salah satu pelan takaful yang dikhususkan untuk diambil untuk anak-anak yang masih kecil, iaitu apa yang dipanggil Pelan  Intelek.


Apa itu pelan Intelek ?
 

  • Pelan  INTELEK merupakan pelan takaful keluarga yang dikhaskan untuk anak-anak sebagai bekalan jaminan mereka untuk kemenara gading.

  • Ia membolehkan anak anak peserta memiliki simpanan yang terjamin di mana simpanan boleh dikeluarkan khususnya apabila anak anda mencapai usia 18 tahun (usia anak ke IPTA/IPTS) 
  • Selain daripada adanya tabungan simpanan untuk anak-anak, Pelan  INTELEK juga mempunyai perlindungan takaful yang lain seperti :- 
 

o    Elaun harian hospital – Jika anak dimasukkan ke wad
o    Tabung penyakit kritikal – jika anak menghidap salh satu 36 penyakit kritikal
o    Pengecualian bayararan bulanan (polisi jalan seperti biasa) andai ditakdirkan penjaga (pembayar) ditimpa musibah seperti kematian, cacat kekal atau menghidap sal satu dari 36 penyakit kritikal).
o    Yang paling istimewa dengan pelan TN Intelek ini adalah dari segi anugerah kecemerlangan peperiksaan akan diberikan kepada anak-anak yang mengambil polisi ini.


  • Anugerah ini berdasarkan pencapaian terbaik yang dicapai dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan juga STPM. Nilaian bonus yang dijanjikan oleh Etiqa Takaful adalah seperti berikut:-

Peperiksaan
Kelulusan
Anugerah
UPSR 5A
RM 500.00
PMR 8A RM 750.00
SPM 8A RM 1,000.00
STPM 5A RM 1,500.00


Berapa bayaran or sumbangan bulanan sebulan?

Memandangkan pelan TN Intelek ini lebih menumpukan kepada simpanan yang akan dimiliki oleh peserta (anak-anak), maka sumbangan bulanan akan bergantung kepada anda sendiri. Lagi  tinggi sumbangan bulanan, maka algi banyak tabungan simpanan yang akan dijamin takaful kepada anda. 



Namun begitu, selain daripada faktor sumbangan bulanan yang akan anda sumbangkan kepada takaful, faktor-faktor berikut juga diambil kira di dalam menentukan amaun sebenar yang dijamin takaful kepada anda :-



1)      Umur anak-anak dan juga penjaga (selaku pembayar) sewaktu memohon kad ini.
2)      Pekerjaan penjaga – Sama ada kerja berisiko tinggi (merbahaya) atau sebaliknya.
3)      Tempoh kontrak dengan takaful

 

Bagi memudahkan anda mendapatkan gambaran awal tentang kadar sumbangan bulanan ini, saya sertakan di sini anggaran sumbangan bulanan dengan andaian butiran pelanggan seperti dinyatakan di bawah :-


i)                        Umur anak : 5 tahun
ii)                      Umur penjaga : 30 tahun
iii)                    Pekerjaan Penjaga : Kakitangan kerajaan
iv)                    Penjaga yang tidak merokok.
v)                      Tempoh kontrak : 20 tahun (cover sehingga usia anak 25 tahun)

Berikut adalah anggaran tabungan simpanan takaful untuk anak yang berusia 5 tahun (profil diatas). Amaun simpanan terkumpul bertambah mengikut sumbangan bulanan yang dapat diberikan pelanggan kepada pihak takaful.
 
No
Sumbangan bulanan (RM)
Anggaran Simpanan pada usia anak 18 tahun
Anggaran Simpanan pada usia anak 25 tahun
1
RM100
RM11,000 ++
RM23,000 ++
2
RM120
RM15,000++
RM31,000++
3
RM150
RM18,000++
RM36,000++
4
RM200
RM25,000++
RM50,000++



Selain daripada tabungan simpanan seperti yang saya tunjukkan dalam jadual di atas, anak tersebut juga tetap mempunyai perlingungan takaful lain seperti :-


  • Elaun harian hospital
  • Tabung penyakit kritikal 
  • Pengecualian bayaran/sumbangan bulanan jika si penjaga ditimpa musibah (kematian, cacat kekal atau menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal) 
  • Anugerah kecemerlangan akademik.



Bagaimana Memohon Pelan Intelek Ini ? 



1)   Isikan maklumat diri anda dalam borang yang ada di laman bawah page ini.  Saya akan hubungi anda kemudian untuk mendapatkan gambaran tentang keperluan sebenar untuk diri anda.

2)  Saya akan sediakan kertas cadangan takaful dan akan emailkan kepada anda setelah saya memahami kehendak anda dan juga butiran diri yang diperlukan bagi menyediakan kertas cadangan ini

3)  Selepas itu, saya serahkan kepada anda untuk buat keputusan sama ada ingin mengambil polisi takaful ini atau sebaliknya. Tiada paksaan…Anda tentukan sendiri kerana ianya melibatkan kepentingan dan masa depan anda seisi keluarga.

4)  Jika dah bersedia, baru kita fikirkan untuk tindakan seterusnya (pertemuan bersemuka face to face dan mengisi borang-borang takaful yang diperlukan).



Link-link Berguna :-

1)  Maklumat lanjut Pelan Intelek dari laman web Etiqa HQ sendiri. Clicksini
2)  Download brochure pelan  Intelek di laman web Etiqa HQ. Clicksini
3) Perbezaan antara Takaful dan Insurans Konvensional,
Click Sini


 

Jika ingin tahu lebih lanjut, sila isikan maklumat diri anda yang saya paparkan di halaman bawah  page ini. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda. Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.



Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
No Phone :
Tarikh lahir anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Put a website form like this on your site.