HIBAH TAKAFUL ? Sedikit Pencerahan Tentang Hibah Takaful


Sebetulnya HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.

SIAPA WARIS TERDEKAT  ?

  • Kalau suami, of course la isteri, ibu/bapa atau pun anak-anak.
  • Kalau isteri, he he he.   Selalunya dia orang bagi kat anak-anak, kemudian ibu/bapa (jika masih ada). 


Apa benefit nya kalau ambil HIBAH TAKAFUL ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-          Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…

-           Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..

-           TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30++ hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)

-          Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100%  pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....

-          Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja.  KWSP guan konsep PENAMA (bukan hibah tau)….

-          Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.


REAL CASE STUDY

  • Saya tak nak panjang kan cerita, saya nak bagi real case study salah seorang customer saya yang ambil pelan HIBAH TAKAFUL ni..
  •  Lagi mudah faham…. Kalau tulis berjela pun, mungkin tuan-tuan dan puan-puan confuse..


Profil Customer :



- Lelaki
- Kakitangan kerajaan (bekerja yang tidak begitu  ber risiko )
- 33 tahun
- Bergaji RM4,500 sebulan








Dengan memperuntukkan RM160 sahaja sebulan, bersamaan 3.56% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:

    1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
    2. Tabung Penyakit Kritikal RM100,000
    3. Waiver… Ini yang bagusnya…Jika disahkan terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, bayaran/sumbangan bulanan kepada takaful dikecualikan TETAPI polisi jalan seperti biasa.


    1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000

    • Jika ditakdirkan si suami meninggal, maka si isteri selaku penerima hibah boleh membuat tuntutan sebanyak RM350,000 kepada syarikat takaful.
    • Dalam jangkamasa 30 hari++, isteri akan memperolehi cheque bernilai RM350,000 daripada pihak takaful.
    • Jadi, duit ni la yang jadi pengganti kepada gaji suami selama ini…


    2. Penyakit Kritikal RM100,000

    • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, maka suami boleh tuntutan sebanyak RM100,000 daripada pihak takaful.
    • Duit pampasan ni boleh diguna oleh suami untuk tujuan rawatan penyakitnya….Nak ke hospital, ke homeopathy, nak buat Acupuncture atau nak jumpa bomoh dukun sekali pun untuk rawatan tradisional, perlu juga duit kan?
    • Jadi duit pampasan sakit kritikal ni, boleh diguna untuk tujuan ini.
    • Bayangkan jika kita tidak ada langsung polisi takaful…. Dah la sakit, nak kena pi berubat, duit pula x ada… parah kita dibuatnya…
    • Last-last terpaksa gadai apa yang ada… Kalau tak, terpaksa tebal kan muka merayu dengan adik beradik lain….


    3. Waiver – Pengecualian Bayaran
    • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, bayaran bulanan (RM160 sebulan) tu dikecualikan…Dah la dapat pampasan RM100,000, bayaran bulanan pula dikecualikan.
    • Maksudnya tak perlu  bayar apa-apa lagi, TETAPI polisi takaful jalan seperti biasa..Maksudnya pampasan kematian RM350,000 tu tetap sama walaupun suami dah tak bayar apa-apa kepada pihak takaful.
    •  Inilah baru betul HIBAH TAKAFUL yg sebenar. Bukan nya janji yang bukan-bukan.
    • Bukan macam setengah skim diluar sana… Masuk RM5,000, dapat RM500 (10%) tiap-tiap bulan. Dua kali dapat, lepas tu hilang lesap ntahh kemana..


    BERMINAT NAK TAHU LANJUT 
    PASAL HIBAH TAKAFUL?


    KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.


    TAKAFUL PENDIDIKAN :: DANA TABUNGAN SIMPANAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK


    Takaful Pendidikan merupakan satu skim atau pelan simpanan dan perlindungan yang direka oleh Syarikat Operator Takaful untuk tujuan tabungan simpanan pendidikan sebagai persediaan ke pusat-pusat pengajian tinggi.

    Selain daripada Takaful, sebenarnya ada banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan anak-anak ke Menara Gading ini. Contohnya Unit Trust, ASN, ASB, Tabung Haji dan lain-lain instrument berbentuk pelaburan.

    Ada pro and cons untuk setiap instrument pelaburan itu. Ianya bergantung kepada keperluan kita dan kesediaan kita untuk menabung..

    Yang tak bagusnya, satu pun kita tak ada dalam mana-mana instrument yang saya sebutkan di atas.. ha ha ha ….

    Saya ni agent takaful, jadi saya nak cerita kelebihan jika menggunakan platform takaful untuk tujuan simpanan pendidikan anak-anak ke Menara Gading..


    APA KELEBIHAN MENYIMPAN MENGGUNAKAN PLATFORM TAKAFUL INI ?

    Saya ringkaskan dalam bentuk table seperti di bawah.




    SCENARIO YANG BIASA BERLAKU

    Senang kira, jika anak baru lahir hari ini dan kita nak ada RM40K pada umur anak 18 tahun nanti, kita kena mula simpan tepi sebanyak R150++ SEBULAN!!!

    Ini kalau kita simpan secara berdisiplin di mana-mana instrument yang pulangan dividen dalam 8.0% setahun…

    ASN, ASB, Unit Trust, Tabung Haji insyaallah boleh dapat dengan pulangan dividen 8.0% setahun.. Mungkin lebih bergantung kepada keuntungan syarikat..
    Ambil kalkulator kira.. Nak senang anda boleh download Apps Financial Calculator kat henphone anda.

    Maknanya kalau kita buat keputusan untuk invest di ASN,ASB, TABUNG HAJI, BANK, kita perlu disiplinkan untuk membuat simpanan berkala tanpa miss sebanyak 150++ setiap bulan sehingga lah umur anak mencapai 18 tahun..

    Itu kalau kita umur panjang dan sihat walafiat kekal, boleh la kita simpan sampai umur anak 18 tahun,
    Ditakdirkan kita ‘pergi’ terlebih dahulu atau kita ditakdirlkan mengalami lumpuh kekal pada umur anak baru menjangkau 5 tahun, siapa nak sambung simpanan kita untuk bulan-bulan seterusnya?

    Itu yang jadi masalahnya ……..

    Kalau kita simpan di ASB, Tabung Haji, Bank Simpanan, simpanan bulanan sebanyak 150++ tu akan stop bila kita ditimpa musibah (kematian).  Jadi jumlah simpanan untuk anak-anak hanya terkumpul setakat mana kita berjaya menyimpannya sahaja.

    LAIN PULAK DENGAN SIMPANAN DI TAKAFUL

    Tapi kalau simpan dalam platform Takaful,  lain laa pulak… Simpanan bulanan seterusnya akan disambung bayar oleh pihak Takaful itu sendiri. (daripada Tabung Tabarruq Takaful) sehingga lah usia anak 23 tahun..

    Jadi, dengan kata lain, ada orang lain iaitu Syarikat Takaful akan tolong sambung bayar simpanan anak dalam Takaful sehingga lah usia anak mencecah 23  tahun.
    Kesimpulannya , akan terjamin lah simpanan untuk anak-anak dengan amaun yang kita perlukan bagi membiayai Kos Pendidikan anak-anak pada usia 18 tahun kelak.
    Haaa… Nampak tak kelebihan simpanan dengan takaful berbanding instrument lain?





    RISIKO JIKA TIDAK DIBUAT SEBARANG PERANCANGAN UNTUK TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK

    Ini yang saya petik daripada keratan-keratan akhbar..




















    Tak kan kita nak biarkan anak-anak kita jadi macam tu…Jadi, sebelum apa-apa baik kita ambik langkah persediaan terlebih dahulu…

    Kalau nak jadikan Takaful sebagai salah satu alternative untuk Dana Pendidikan Anak-anak, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini…



    CONTOH REAL CASE SIMPANAN DI TAKAFUL


    Pembayar : Bapa
    Umur bapa : 32 tahun
    Kakitangan Kerajaan

    Umur anak : 2 tahun
    Premium sebulan :RM150 sebulan

    Ini yang bakal diperolehi dengan komitmen bapa sebanyak RM150 sebulan selama 21 tahun.


    p.s : 21 tahun kerana had maximun yang dibenarkan untuk plan takaful Pendidikan adalah sehingga umur anak 23 tahun sahaja.




    FAHAM KE FAHAM NI?

    Kalau masih blur dan anda nak intention nak clear kan macam mana nak guna platform Takaful untuk simpanan anak-anak,

    Boleh klik link wasap di bawah untuk berwasap dengan saya.. Senang saya nak bagi consultation..

    ➖➖➖➖➖➖➖➖➖
     #lazimtakaful
    #danapendidikantakaful
    #medicalcardtakaful



    Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

    Name:
    No Phone :
    Tarikh lahir anda :
    Lokasi Anda :
    Mesej Pesanan :

    Put a website form like this on your site.