TAKAFUL PENDIDIKAN :: DANA TABUNGAN SIMPANAN UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK


Takaful Pendidikan merupakan satu skim atau pelan simpanan dan perlindungan yang direka oleh Syarikat Operator Takaful untuk tujuan tabungan simpanan pendidikan sebagai persediaan ke pusat-pusat pengajian tinggi.

Selain daripada Takaful, sebenarnya ada banyak lagi platform yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan anak-anak ke Menara Gading ini. Contohnya Unit Trust, ASN, ASB, Tabung Haji dan lain-lain instrument berbentuk pelaburan.

Ada pro and cons untuk setiap instrument pelaburan itu. Ianya bergantung kepada keperluan kita dan kesediaan kita untuk menabung..

Yang tak bagusnya, satu pun kita tak ada dalam mana-mana instrument yang saya sebutkan di atas.. ha ha ha ….

Saya ni agent takaful, jadi saya nak cerita kelebihan jika menggunakan platform takaful untuk tujuan simpanan pendidikan anak-anak ke Menara Gading..


APA KELEBIHAN MENYIMPAN MENGGUNAKAN PLATFORM TAKAFUL INI ?

Saya ringkaskan dalam bentuk table seperti di bawah.




SCENARIO YANG BIASA BERLAKU

Senang kira, jika anak baru lahir hari ini dan kita nak ada RM40K pada umur anak 18 tahun nanti, kita kena mula simpan tepi sebanyak R150++ SEBULAN!!!

Ini kalau kita simpan secara berdisiplin di mana-mana instrument yang pulangan dividen dalam 8.0% setahun…

ASN, ASB, Unit Trust, Tabung Haji insyaallah boleh dapat dengan pulangan dividen 8.0% setahun.. Mungkin lebih bergantung kepada keuntungan syarikat..
Ambil kalkulator kira.. Nak senang anda boleh download Apps Financial Calculator kat henphone anda.

Maknanya kalau kita buat keputusan untuk invest di ASN,ASB, TABUNG HAJI, BANK, kita perlu disiplinkan untuk membuat simpanan berkala tanpa miss sebanyak 150++ setiap bulan sehingga lah umur anak mencapai 18 tahun..

Itu kalau kita umur panjang dan sihat walafiat kekal, boleh la kita simpan sampai umur anak 18 tahun,
Ditakdirkan kita ‘pergi’ terlebih dahulu atau kita ditakdirlkan mengalami lumpuh kekal pada umur anak baru menjangkau 5 tahun, siapa nak sambung simpanan kita untuk bulan-bulan seterusnya?

Itu yang jadi masalahnya ……..

Kalau kita simpan di ASB, Tabung Haji, Bank Simpanan, simpanan bulanan sebanyak 150++ tu akan stop bila kita ditimpa musibah (kematian).  Jadi jumlah simpanan untuk anak-anak hanya terkumpul setakat mana kita berjaya menyimpannya sahaja.

LAIN PULAK DENGAN SIMPANAN DI TAKAFUL

Tapi kalau simpan dalam platform Takaful,  lain laa pulak… Simpanan bulanan seterusnya akan disambung bayar oleh pihak Takaful itu sendiri. (daripada Tabung Tabarruq Takaful) sehingga lah usia anak 23 tahun..

Jadi, dengan kata lain, ada orang lain iaitu Syarikat Takaful akan tolong sambung bayar simpanan anak dalam Takaful sehingga lah usia anak mencecah 23  tahun.
Kesimpulannya , akan terjamin lah simpanan untuk anak-anak dengan amaun yang kita perlukan bagi membiayai Kos Pendidikan anak-anak pada usia 18 tahun kelak.
Haaa… Nampak tak kelebihan simpanan dengan takaful berbanding instrument lain?





RISIKO JIKA TIDAK DIBUAT SEBARANG PERANCANGAN UNTUK TABUNG PENDIDIKAN ANAK-ANAK

Ini yang saya petik daripada keratan-keratan akhbar..




















Tak kan kita nak biarkan anak-anak kita jadi macam tu…Jadi, sebelum apa-apa baik kita ambik langkah persediaan terlebih dahulu…

Kalau nak jadikan Takaful sebagai salah satu alternative untuk Dana Pendidikan Anak-anak, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini…



CONTOH REAL CASE SIMPANAN DI TAKAFUL


Pembayar : Bapa
Umur bapa : 32 tahun
Kakitangan Kerajaan

Umur anak : 2 tahun
Premium sebulan :RM150 sebulan

Ini yang bakal diperolehi dengan komitmen bapa sebanyak RM150 sebulan selama 21 tahun.


p.s : 21 tahun kerana had maximun yang dibenarkan untuk plan takaful Pendidikan adalah sehingga umur anak 23 tahun sahaja.




FAHAM KE FAHAM NI?

Kalau masih blur dan anda nak intention nak clear kan macam mana nak guna platform Takaful untuk simpanan anak-anak,

Boleh klik link wasap di bawah untuk berwasap dengan saya.. Senang saya nak bagi consultation..

➖➖➖➖➖➖➖➖➖
 #lazimtakaful
#danapendidikantakaful
#medicalcardtakaful