Insurans Rumah : Apa beza MRTT dan MLTT (Produk Takaful Hayat) ?

Baca hingga habis ke semua page ini, jika anda nak jimat sedikit daripada membayar interest bank.

Sedikit tak sedikit jugak.. Ada customer boleh jimat sampai berbelas ribu ringgit juga, jika anda ambil insuran/takaful rumah sendiri berbanding jika ambil direct insuran dengan bank.

MRTT = Ni insuran ambil direct dengan bank. Confirm ada include interest bank. Sebab insurans jenis ini akan dimasukkan sekali dengan loan rumah anda.

MLTT = Ambil sendiri dengan agent takaful diluar sana. Guna produk life takaful....Produk ni confirm tak ada interest...Boleh lihat dalam polisi takaful nanti. Save duit anda...


pe


Sebelum itu, baca dulu kenapa kita kena ambil insurans rumah (untuk cover loan rumah) ?

Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang berkeinginan atau pun sudah pun memiliki rumah sendiri. Rumah sendiri ni, maksudnya rumah yang dibeli dan bukan rumah sewa. Ha ha haaa..

Tetapi tahukah anda ada perlindungan insurans yang dikenakan ke atas rumah yang anda beli (miliki) itu? Insuran rumah ni macam insuran kereta la jugak... 

Sekiranya, kita beli kereta, tetapi kereta tersebut tiada apa-apa perlindungan insuran atau takaful. Apa akan jadi, sekiranya ditakdirkan kereta tersebut hilang, accident atau pun terbakar ?

Sekiranya kita ada ambil polisi insurans or takaful kenderaan, owner boleh claim sahaja kerosakan dan kerugian itu dengan syarikat insurans..  

Jadi, tak ada la kopak duit kita untuk repair balik kereta yang accident tadi. Lebih parah lagi, kalau kereta itu ditakdirkan hilang atau pun terbakar hangus..

Itu sekiranya ada insurans... Bagaimana kalau kereta terebut tiada perlindungan insurans atau takaful..
Jawabnya, bayar jer sendiri segala kos yang diperlukan..

Sekiranya kereta tersebut masih ada hutang dengan bank, maka suka tak suka kita terpaksa jugak settle dengan bank, walaupun kereta dah lesap entah kemana..

Sama juga dengan rumah yang kita beli... Sekiranya terjadi apa-apa hal yang tidak diduga secara tiba-tiba (contohnya kematian kepada pembeli), siapa yang akan meneruskan pembayaran bulanan kepada pihak bank?

Sekiranya ada insurans, Pewaris boleh membuat tuntutan pampasan kematian dengan pihak insurans untuk melangsaikan hutang rumah yang masih berbaki.

Jika ditakdirkan kita lumpuh/cacat kekal dan tak boleh bekerja lagi, kita boleh tuntutan pampasan akibat lumpuh/cacat kekal daripada pihak Insurans/takaful.

Sekiranya tiada, terpaksa lah Pewaris kena teruskan dengan duit poket sendiri untuk bayaran seterusnya kepada pihak bank...Itu sekiranya, pewaris masih mampu untuk meneruskan bayaran bulanan rumah.. 


Jika sebaliknya, tunggu masa jer la, bank tetap bank. Mereka akan kejar, kejar dan kejar untuk dapatkan bayaran pinjaman yang sudah dikeluarkan kepada peminjam. 

Dan sekiranya gagal untuk mendapatkan bayaran daripada Pewaris, maka langkah akhir adalah bank akan lelong rumah tersebut..



DULU-DULU

Kalau dulu, insurans rumah ini diwajibkan oleh pihak Bank Pembiaya anda dan anda tiada pilihan lain untuk mengambil polisi insuras dari mana-mana syarikat insurans atau takaful yang lain.

Bank dah tentukan insuran mana yang kita kena ambil... Kalau setuju, sign sahaja.. tak setuju, bye bye sahaja.. Kita sebagai Pengguna or Peminjam terpaksa redho sahaja apa yang bank offer..

Dan insurans yang dikenakan oleh pihak bank ini pula biasanya akan digabung (bundle) sekali dengan housing loan anda.  Bahasa glamor MRTT ler nie.

Kesannya, fees untuk insurans rumah anda juga akan naik mencanak sebanyak 3 kali ganda kerana terpaksa menerima musibah interest yang disekalikan dengan interest pinjaman perumahan anda...

Sekarang ini ………


Kesan daripada polisi terbaru Bank Negara Malaysia ini,  Pembeli boleh memilih sendiri syarikat insurans atau takaful mana yang boleh menyediakan polisi insurans ini untuk melindungi rumah yang mereka beli.

Yang bagusnya, ada insurans yang anda boleh jimatkan ribuan ringgit daripada dikenakan interest oleh pihak Bank.

Yang paling bestnya, ada insurans sekarang ni yang membolehkan anda tidak perlu membayar LUMPSUM sekali gus untuk insuran rumah anda.. Boleh sahaja dibayar berkala secara bulan-bulan atau tahunan.

Inilah insuran MLTT namanya. Insuran atau pun takaful yang kita ambil dan nego sendiri dengan Agent Takaful diluar sana.


  
INFO BERGUNA UNTUK ANDA

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Insurans MLTT ini juga boleh digunakan untuk melindungi rumah anda daripada ditimpa musibah kepada pembeli rumah.

Musibah yang saya maksudkan disini adalah :-
      
1     1) Kematian
2     2) Cacat kekal.
3     3) Sakit Kritikal



MLTT : ALTERNATIF KEPADA MRTT


MLTT atau  Mortgage Life Term Takaful  merupakan takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran kepada bank terlaksana andai kata terjadi musibah kepada pembeli rumah.


Untuk MRTT, bayaran kepada syarikat insurans akan dibuat sekali gus (lump sum). Jika pinjaman 30 tahun, maka bayaran fee untuk insurans MRTT akan dikira terus untuk tempoh 30 tahun .

Anda kena bayar terus fee insurans MRTT untuk tempoh 30 tahun, walaupun baru 2 hari anda memasuki rumah anda.

Tetapi pihak bank cerdik. Mereka tahu customer ramai yang tak suka atau tak mampu nak bayar MRTT sehingga 30 tahun sekali gus. Jadi apa yang dibuat adalah dengan memasukkan yuran insurans MRTT itu ke dalam pinjaman perumahan yang kita buat.

Maknanya bank akan bundle sekali pinjaman perumahan dengan yuran MRTT tu
Kesan daripada ini, MRTT juga kan dikenakan interest oleh pihak bank. 

Bukan sahaja bank boleh kenakan interest ketas pinjaman perumahan kita tetapi di masa yang sama, bank juga sempat lagi buat duit extra dengan mengenakan interest ke atas yuran insurans MRTT anda.



Tak Caya, Cuba Kira.


Kalau rumah harganya RM200K, total bayaran kepada bank sepanjang tempoh pinjaman dibuat adalah dalam lingkungan RM600K++.

Yang paling ketara bezanya antara MRTT dan MLTT adalah dari segi :-

     1) MRTT kena bayar sekali gus. MLTT boleh dibayar bulan-bulan..

     2) MRTT langsung tiada cash value/saving.  


Tetapi  ..

MLTT ada bahagian saving.. Maksudnya setiap caruman bulanan yang dibayar kepada syarikat takaful,  insyaAllah akan ada sedikit lebihan yang akan dipulangkan nanti.

Berapa Jumlah nya ?

Ianya akan bergantung kepada umur dan pekerjaan anda sewaktu memohon polisi MLTT ini.
Nak tahu lanjut, kena set masa sedikit dengan saya. Nanti saya prepare quotation.

Dalam quotation tu akan tunjuk number-number yang diperlukan untuk anda memahami produk MLTT yang anda hendak pohon.

Saya harap dengan catatan saya dapat membantu anda membuat penilaian sendiri insurans mana yang patut anda ambil untuk menjamin dan melindungi rumah anda.

Anda ada hak untuk memilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kehendak kita. Tak perlu tergesa-gesa untuk turunkan tandatangan dengan pihak bank.

 Jika masih kabur dengan coretan ini, anda boleh bertanya atau whatsapp saya bila-bila masa . atau boleh juga anda tinggalkan pesanan anda dalam borang yang ada di bawah ini.


Ingin Info Lanjut MLTT Sekarang ?

Sila isikan maklumat diri anda dalam eForm saya dibawah.. Nanti senang saya nak propose mana plan MLTT yang sesuai dengan anda...

 



HIBAH TAKAFUL – KETAHUI BAGAIMANA SEORANG KETUA KELUARGA MAMPU MENINGGALKAN RM100K++ HANYA DENGAN MODAL CARUMAN RM80 SEBULAN

  Untuk yang bergelar Ketua Keluarga (Ibu atau bapa), boleh luangkan sedikit masa untuk grab sedikit infor berkenaan HIBAH, WASIAT dan FARAID yang ada di sini.


Ianya amat related dengan kita semua sebagai persediaan andaikata musibah yang tidak diduga berlaku dalam keluarga kita.

Ini penting supaya kita dan anak-anak dapat meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa walaupun ada ahli keluarga kita tetiba pergi secara tiba-tiba.

Ada 6 point penting yang ditekankan di dalam laman ini.

1) Hibah

2) Hibah Takaful

3) Wasiat

4) Faraid

5) Bagaimana memohon 𝐏𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥, terutama kepada yang tiada harta atau duit dalam simpanan yang mencukupi., tetapi ingin meninggalkan sejumlah wang mencukupi untuk keperluan Pewaris yang masih ada...

6) Contoh Illustrasi untuk memohon 𝐏𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋

==============================================

Sebelum itu, boleh dengar dahulu Video dari 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐓𝐧.𝐇𝐣 𝐑𝐚𝐟𝐢𝐞 𝐎𝐦𝐚𝐫, seorang Pakar Kewangan Islam dalam salah satu program terbitan 𝐓𝐕 𝐀𝐥-𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚𝐡. Summary tentang video ini, ada saya kongsikan selepas Video ini.

Video ini menerangkan tentang konsep, pengertian dan mengapa ahli keluarga perlu adanya HIBAH sebagai persiapan diri andainya terjadi apa-apa musibah tidak diduga kepada kita.


================================================================

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭-𝐩𝐨𝐢𝐧𝐭 𝐩𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 :-

1) Hibah mesti dibuat sewaktu kita 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩.

2) Hibah adalah untuk bertujuan untuk menyerahkan harta atau wang yang kita ada atas dunia ini untuk digunakan oleh sesiapa yang kita suka (biasanya ahli keluarga kita), selepas kita sudah tiada lagi.

Sekiranya tidak dibuat HIBAH, harta (rumah, kereta, tanah) atau wang simpanan dalam bank yang kita ada, akan 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 setelah ketiadaan kita.

3) Bila dah jadi harta pusaka, maka suka tak suka ianya akan melalui 𝐩𝐫𝐨𝐬𝐞𝐬 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐭𝐚 𝐩𝐮𝐬𝐚𝐤𝐚 atau sistem Faraid yang merumitkan. Sistem pengagihan Faraid ni, prosesnya akan 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐦𝐚 terutama sekiranya ada pertikaian di kalangan ahli keluarga.
.
4) Sedangkan kalau harta atau wang itu dihibahkan siap-siap atas dunia, maka proses untuk menuntut harta simati akan menjadi lebih lancar dan tidak memakan masa yang terlalu lama.
.
5) Dalam plan Hibah Takaful, pampasan takaful yang ditinggalkan akan 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚(𝐏𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐇𝐢𝐛𝐚𝐡) yang dinamakan sebagaimana dalam Polisi Plan Takaful yang diambil.
.
6) Wang dalam KWSP, Tabung Haji bukannya Hibah tetapi Wasi (Pentadbir harta sahaja) dan perlu melalui proses agihan harta mengikut hukum faraid.

7) Penama KWSP/Tabung Haji tidak boleh ambil untuk kegunaan diri sendiri (daripada wang peninggalan arwah ni). Ada bahagian untuk ahli keluarga yang lain… Mertua, saudara lelaki antara yang berhak menerima wang caruman KWSP atau simpanan tabung Haji

8) Sekiranya penama KWSP atau Tabung Haji menggunakan 100% wang caruman KWSP atau Tabung Haji si mati, dibimbangi kita akan termakan atau terambil bahagian penerima faraid yang lain. Nauzubillah...

9) Wang pampasan (Hibah Takaful) daripada produk Takaful adalah 𝐡𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐭𝐥𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐦𝐚 yang tertera dalam polisi Takaful. Ianya tidak perlu melalui proses faraid. Kalau wang pampasan kematian bernilai 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎, maka kesemua 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 ini akan menjadi hak mutlak penama dan tidak perlu diagihkan kepada individu lain.


𝐓𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐀 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐃𝐈𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇?

Salah satu cara untuk meninggalkan harta (HIBAH) yang banyak kepada ahli keluarga seandainya kita pergi dulu secara tiba-tiba adalah dengan memohon 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐧 𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋 dengan mana-mana syarikat Takaful berdaftar.

Dengan caruman 𝐑𝐌𝟖𝟎 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 untuk plan Hibah Takaful, sebenarnya kita dah boleh HIBAH kan untuk ahli keluarga kita sehingga amaun 𝐑𝐌𝟏𝟎𝟎,𝟎𝟎𝟎 (bergantung kepada umur dan pekerjaan kita).

Nak tahu, betul atau tidak apa yang saya katakan ni, boleh contact saya di 𝟎𝟏𝟗-𝟑𝟒𝟒 𝟐𝟑𝟕𝟎. Kita boleh tengok, bila saya generate quotation sebenar dari company takaful yang saya wakili.

Semua tu akan ada tertera dalam quoatation dan polisi sebenar yang kita mohon...

𝐂𝐎𝐍𝐓𝐎𝐇 𝐈𝐋𝐋𝐔𝐒𝐓𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐇𝐈𝐁𝐀𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋




Di sini contoh ilustrasi pelan takaful oleh seorang Hamba Allah yang mengHibahkan pelan takaful miliknya untuk isteri beliau.

Pelan takaful yang ada unsur Hibah ini adalah sebagai persiapan beliau (suami) untuk meninggalkan wang secukupnya kepada isteri dan anak-anak beliau, andaikata beliau tetiba pergi secara mengejut.

Beliau ini adalah :-

- Lelaki
- Umur 30 tahun
- Pendapatan bulanan RM3,000 sebulan


Dengan memperuntukkan hanya RM80 sebulan. Beliau boleh dapat coverage berupa plan Hibah Takaful seperti berikut:-

1. Kematian Biasa : RM100,000

2. Kematian Akibat Sakit cancer : RM200,000

3. Kematian Akibat Accident : RM300,000

4. Kematian Sewaktu Tunai Haji/Umrah : RM400,000

5. Plan ini juga ada cash value untuk beliau..



Bayangkan peserta ini, dengan hanya mengorbankan simpanan beliau sebanyak RM80 sebulan, beliau sudah ada jaminan wang pampasan berjumlah RM100,000 (minimum) andainya secara tetiba beliau pergi dahulu.

𝐌𝐀𝐒𝐈𝐇 𝐓𝐀𝐊 𝐅𝐀𝐇𝐀𝐌 ?
Hubungi saya untuk pencerahan lebih lanjut. 𝐒𝐢𝐥𝐚 𝐈𝐒𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐢𝐧𝐢.

Saya hanya akan menghubungi anda, jika anda benar-benar serius untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hibah Takaful ini..




Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
No Phone :
Tarikh lahir anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Put a website form like this on your site.