Monday, March 23, 2015

Insurans Rumah : Apa beza MRTA dan MLTA (Produk Takaful Hayat) ?


 

Sekarang ni, boleh dikatakan ramai yang berkeinginan atau pun sudah pun memiliki rumah sendiri. Rumah sendiri ni, maksudnya rumah beli dan bukan rumah sewa. Ha ha haaa..

Tetapi tahukah anda ada perlindungan insurans yang dikenakan ke atas rumah yang anda beli (miliki) itu? 

Kalau dulu, insurans rumah ini diwajibkan oleh pihak Bank Pembiaya anda dan anda tiada pilihan lain untuk mengambil polisi insuras dari mana-mana syarikat insurans atau takaful yang lain.

Dan insurans yang dikenakan oleh pihak bank ini pula biasanya akan digabung (bundle) sekali dengan housing loan anda. 

Kesannya, fee untuk insurans rumah anda juga akan naik mencanak sebanyak 3 kali ganda kerana terpaksa menerima musibah interest yang disekalikan dengan interest pinjaman perumahan anda...

Sekarang ini ………


Kesan daripada polisi terbaru Bank Negara Malaysia ini,  Pembeli boleh memilih sendiri syarikat insurans atau takaful mana yang boleh menyediakan polisi insurans ini untuk melindungi rumah yang mereka beli.

Yang bagusnya, ada insurans yang anda boleh jimatkan ribuan ringgit daripada dikenakan interest oleh pihak Bank.


  

PILIHAN DI TANGAN ANDA

Walaupun pembeli ada hak untuk membuat pilihan insurans mana yang mereka perlukan Pembeli seharusnya (wajib sebenarnya) kena ada sedikit info tentang jenis-jenis insurans perumahan yang ada ditawarkan di negara kita ini.

Kalau tidak, macam mana nak buat pilihan.. kalau tak tahu apa-apa pasal insurans rumah ni



INFO BERGUNA UNTUK ANDA

Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah swt, ada dua jenis insurans yang boleh digunakan untuk melindungi rumah anda daripada ditimpa musibah kepada pembeli rumah.

Musibah yang saya maksudkan disini adalah :-
      
1     1) Kematian atau
2     2) Cacat kekal.
3     3) Sakit Kritikal

PERSOALAN

·         Jika berlaku musibah di atas kepada pembeli rumah, apa akan jadi kepada bayaran bulanan seterusnya kepada rumah anda ?

·         Adakah anak isteri anda akan menanggung untuk settle bayaran bulanan rumah hingga selesai
·         Adakah anda yang masih hidup sanggup rumah anda dilelong oleh pihak bank dek kerana anak isteri anda tidak mampu untuk meneruskan bayaran bulanan kepada bank ?

Jika anda sayangkan rumah anda daripada dilelong oleh pihak Bank, suka tak suka anda kena ada polisi insurans untuk cover rumah anda.


Insurans MRTA atau MLTA ?

Untuk pengetahuan anda, ada dua jenis insurans rumah yang boleh anda ambil.Kedua-dua insurans itu adalah :-

1) MRTA atau
2)   MLTA


MRTA ialah Mortgage Reduced Term Assurance merupakan perlindungan insurans untuk Pinjaman Perumahan. Ini yang biasa diambil oleh kebanyakan kita yang membeli rumah. Ini kerana insurans ini yang selalunya dipaksa diambil oleh pihak Bank ke atas pembeli rumah.

Tujuan nya adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum di bayar sekiranya pembeli meninggal atau ditimpa musibah kecacatan kekal.

Jika berlaku musibah ini, pewaris tak perlu membayar apa-apa dan bayaran bulanan rumah akan dilangsaikan oleh pihak penyedia insurans anda

Okay. Nampak tak tujuan insurans MRTA...

Ulang sekali lagi, jika pembeli rumah meninggal or mengalami cacat kekal sehingga putus punca pendapatan, maka Pewaris tidak akan dibebani untuk terus membuat bayaran ke atas baki pinjaman yang masih ada .

Insurans atau takaful akan selesaikan hutang-hutang yang masih berbaki itu...

Selalunya kalau pembeli malas memerah otak (kebanyakannya begitu), mereka akan terima sahaja saranan bank dan mengambil insurans jenis no 1 di atas iaitu MRTA.



Tetapi, Tahukah Anda ???

Peraturan baru Bank Negara Malaysia, Bank-bank yang mengeluarkan pinjaman perumahan kepada anda, tidak lagi boleh mengenakan syarat untuk anda mengambil polisi insurans yang dicadangkan oleh pihak bank.

Maknanya di sini, anda ada hak untuk mengambil polisi insurans daripada bank atau memilih mana-mana syarikat insurans di luar sana yang anda lebih suka.


MRTA ini bukan tidak bagus, tetapi yang kurengnya setiap sen yang kita bayar (sumbangkan) kepada pihak syarikat insurans, semuanya 100% akan ditelan oleh pihak insurans.

Pembeli rumah yang memiliki insurans MRTA ini hanya mendapat benefit jika sekiranya berlaku kematian atau cacat kekal kepada pembeli sahaja sepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Katakan sepanjang tempoh perjanjian tersebut, pembeli tidak meninggal atau cacat kekal, maka satu sen pun pihak pembeli tidak mendapat apa-apa benefit daripada syarikat insurans.



MLTA : ALTERNATIF KEPADA MRTA


Sebagai alternative  kepada insurans rumah MRTA ini, ada satu lagi insurans untuk melindungi  rumah anda yang dipanggil MLTA.

Sekarang tibalah masanya saya nak bercakap pasal MLTA. Bezanya R dengan L sahaja. Tetapi makna dan kesannya jauh lebih besar terutama kepada pulangan cash value kita.


Apa itu MLTA ?

MLTA atau  Mortgage Life Term Assurances  merupakan insurans takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran kepada bank terlaksana andai kata terjadi musibah kepada pembeli rumah.

Cuma yang beza antara MLTA dengan MRTA ini adalah dari segi kaedah bayaran. MRTA dikenakan bayaran secara lump-sum manakala MLTA boleh dibuat secara bulanan.

Lain-lain perbezaan antara MRTA dan MLTA adalah seperti dalam rajah di bawah :-


No
MRTA
MLTA
1
Bayaran sekali gus (lump–sum).


Boleh dibayar secara bulanan. Tak perlu pening kepala nak menghabiskan duit untuk bayaran selama tempoh tempoh pinjaman rumah dibuat.


2
Jika digabung dengan pinjaman perumahan, amaun fee insurans MRTA akan meningkat 3 kali ganda (termasuk interest bank)

Tiada interest bank kerana bayaran boleh dibuat secara bulanan.
3
Tiada saving. 100% fee MRTA akan diambil oleh syarikat insurans
Sebahagian daripada caruman bulanan akan dipulangkan sebagai tabungan simpanan anda.
(ada cash value disini)

4
Kadar perlindungan (sum covered) akan menurun dari setahun ke setahun
Sum covered tidak menurun (tetap sehingga tamat tempoh kontrak)

5
Tidak boleh dipindah milik. Benificiari sebenar adalah pihak Bank.
Boleh ditentukan hibah dan faraid kepada mana-mana ahli keluarga yang lain. Pemegang polisi adalah anda sendiri.

6
Sekiranya berlaku kematian kepada pembeli, Syarikat insurans hanya membayar baki pinjaman perumahan anda sahaja
Sekiranya meninggal, insurans akan  bayar semua baki pinjaman DAN juga simpanan tunai yang tersimpan dalam akaun Insurans anda akan dipulangkan sama.

           
Untuk MRTA, bayaran kepada syarikat insurans akan dibuat sekali gus (lump sum). Jika pinjaman 30 tahun, maka bayaran fee untuk insurans MRTA akan dikira terus untuk tempoh 30 tahun .

Anda kena bayar terus fee insurans MRTA untuk tempoh 30 tahun, walaupun baru 2 hari anda memasuki rumah anda.

Tetapi pihak bank cerdik. Mereka tahu customer ramai yang tak suka atau tak mampu nak bayar MRTA sehingga 30 tahun sekali gus. Jadi apa yang dibuat adalah dengan memasukkan yuran insurans MRTA itu ke dalam pinjaman perumahan yang kita buat.

Maknanya bank akan bundle sekali pinjaman perumahan dengan yuran MRTA tu
Kesan daripada ini, MRTA juga kan dikenakan interest oleh pihak bank. 

Bukan sahaja bank boleh kenakan interest ketas pinjaman perumahan kita tetapi di masa yang sama, bank juga sempat lagi buat duit extra dengan mengenakan interest ke atas yuran insurans MRTA anda.

Dua-dua bank rembat. Patut la bank kaya raya. Selalunya jika dicampur dengan interest bank, pengguna dikenakan bayaran 3 kali ganda daripada harga rumah asal yang dibeli.

Tak caya, cuba kira.


Kalau rumah harganya RM200K, total bayaran kepada bank sepanjang tempoh pnjaman dibuat adalah dalam lingkungan RM600K++.

Yang paling ketara bezanya antara MRTA dan MLTA adalah pada item no 1 (dalam table di atas)..:-

     1) MRTA kena bayar sekali gus. MLTA boleh dibayar bulan-bulan..

     2) MRTA tiada saving. Maknanya 100% apa yang dibayar akan dikaut kedalam poket syarikat insurans sahaja. Satu sen pun tidak dipulangkan kepada pembeli.


Tetapi  ..

MLTA ada bahagian saving.. maksudnya setiap caruman bulanan yang dibayar kepada syarikat insurans, bukan semua akan dikaut oleh syarikat insurans..

Sebahagian lagi akan dimasukkan kembali sebagai tabungan simpanan kepada pembeli rumah tersebut.

Bila dikatakan tabungan simpanan, ini bermakna anda sebagai pembeli rumah (pemegang polisi MLTA insurans) ini ada hak untuk tabungan simpanan anda.

Saya harap dengan catatan saya dapat membantu anda membuat penilaian sendiri insurans mana yang patut anda ambil untuk menjamin dan melindungi rumah anda.

Anda ada hak untuk memilih insurans terbaik yang bersesuaian dengan kehendak kita. Tak perlu tergesa-gesa untuk turunkan tandatangan dengan pihak bank.

 Jika masih kabur dengan coretan ini, anda boleh bertanya atau whatsapp saya bila-bila masa . atau boleh juga anda tinggalkan pesanan anda dalam borang yang ada di bawah ini.


Ingin mohon MLTA Sekarang ?


Wassap Lazim 019-344 2370



 

 Wassap Lazim 019-344 2370



Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
Email :
No Phone :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Click here to create your own form.