Kad Perubatan Standalone Vs Kad Perubatan Plus Pelan Takaful Keluarga



Salam semua warga internet. Diharap kita semua berada dalam lindungan dan peliharaan Allah dalam semua aspek kehidupan kita.

Pada posting kali ini saya akan membincangkan jenis-jenis kad perubatan yang ada di pasaran sekarang ini. Baik daripada syarikat insurans atau pun dari syarikat takaful.

Perkara ini perlu anda fahami betul-betul. Jangan main redah, ambik jer dan syok sendiri dengan kad yang dah diambil. Bila ditimpa musibah, baru sibuk nak check itu dan ini.

Masa tu juga ler, baru nak cari polisi…entah mana simpan pun tak tahu.. termasuk ler saya sendiri sebelum ini.. he he he..

Ok. Sekarang ini, apa yag dimaksudkan dengan kad standalone dan apa pula kad perubatan plus takaful keluarga.

Kad perubatan standalone merupakan kad yang tidak memerlukan anda mengambil kad ini berserta dengan mana-mana pelan takaful keluarga daripada syarikat pengendali takaful.

Maknanya anda boleh ambil kad perubatan ini sahaja tanpa perlu memohon mana-mana pelan takaful keluarga. Kad ini lebih murah kadar bayaran bulanannya dan selalunya ia bersifat yearly renewal contract. Tang ni anda kena check betul-betul dengan syarikat takaful yang anda mohon. 

Yearly renewal contract, maknaya setiap tahun anda perlu renew kad ini (macam renew insurans kereta). Ada setengah syarikat pengendali takaful yang mensyaratkan anda  perlu melakukan pemeriksaan kesihatan setiap kali pembaharuan dibuat.

Sekiranya anda sihat pada tahun tersebut, biasanya tak jadi masalah, kad akan disambung lagi. Tetapi jika anda dah sakit (anda ada buat claim pada tahun tersebut), masa ini akan timbul macam-macam masalah untuk anda sambung setahun lagi polisi kad ini.

Ini sama ler kes dengan insurans kereta… Jika kereta dah berusia (selalunya kereta lama ni ragam nya macam-macam), syarikat insurans pun tak sanggup lagi nak renew insurans kereta anda.

Saya sendiri pun ada masalah nak renew kereta kapcai saya yang dah 30 tahun lebih.. tak semua company insurans sanggup menerima saya untuk renew insurans kereta saya..

Puas mencari, ada ler satu company isnurans yang sanggup. Itu pun dikenakan loading yang terus terang saya katakan agak mencekik darah… Apa nak dibuat, terpaksa renew juga, kalau tidak, tak boleh bayar roadtax..

Ok. Balik kepada kad perubatan standalone tadi. Daripada pengalaman-pengalaman sebelum ini, selalunya syarikat tidak akan menyambungkan lagi polisi kad ini atau mereka akan sambung tetapi dengan bersyarat.

Apa syaratnya.?

Syarikat tidak akan cover ke atas penyakit yang anda sedang hidapi sekarang. Contohnya, Kalau anda ada masalah blood pressure, syarikat tidak akan cover untuk penyakit yang berkait dengan blood pressure anda..

Anda perlu tahu term and condition ini jika ingin mengambil mana-mana kad perubatan yang standalone.. Kad standalone ini biasanya diambil oleh mereka yang ciput budget bulanan.

Sebagai alternative dengan masalah yang ada pada kad standalone ini, ada satu lagi kad yang ditawarkan oleh pengendali takaful atau insurans iaitu kad perubatan plus pelan takaful keluarga.

Apa itu Kad Perubatan plus pelan takaful keluarga ?

Kad perubatan plus pelan takaful keluarga merupakan kad perubatan yang MESTI diambil bersama pelan takaful keluarga yang ditawarkan oleh syarikat takaful.

Setiap syarikat takaful ada menawarkan pelbagai pelan takaful keluarga. 

Jadi maknanya disini, jika anda ingin memiliki kad perubatan ini, anda mesti mengambil salah satu daripada pelan takaful keluarga dan kad perubatan ini dijadikan sebagai salah satu perlindungan tambahan (rider) kepada pelan takaful keluarga yang anda ambil.

Bila anda ambil pelan takaful keluarga. Ini bermakna anda sudah mengikat kontrak dengan takaful sehingga tamat tempoh kontrak anda dengan takaful. 

Katakan, jika anda mengambil tempoh kontrak sehingga 50 tahun dengan takaful, maknanya kad yang anda ambil juga akan sah sehingga 50 tahun dan tak perlu nak renew lagi setiap tahun. Kad ini akan sah bersama-sama dengan sahnya pelan takaful keluarga yang anda ambil.

Anda masih pening kepala dengan penerangan saya? O.K ini saya bagi ringkasan apa yang saya tulis kat bahagian atas. Ini dalam bentuk table pula..
 
No
Kad Standalone
Kad bersama Pelan Takaful Keluarga
1
Bayaran bulanan lebih murah
Bayaran bulanan lebih tinggi berbanding kad standalone.

2
Kena renew setiap tahun

Note : yang ni kena check betul-betul degan syarikat takaful anda. Ada setengah company yang sudah tak perlu renew setiap tahun.
Tak perlu renew setiap tahun lagi. Akan cover sehingga tamat tempoh kontrak

3
Tiada langsung simpanan. Simpanan zero.
Sebahagian caruman bulanan akan dimasukkan ke dalam tabungan simpanan.

p.s Jika anda mengambil kad ini pada usia di bawah 30 tahun, anda boleh dapat balik 100% caruman anda bila sampai tempoh matang (tamat kontrak dengan takaful)

4
Perlindungan terhad. Tiada pampasan untuk kematian atau cacat kekal.

p.s : Kad hanya berfungsi semata-mata hanya bila anda warded sahaja.
Perlindungan lebih menyeluruh kerana anda akan dapat kemudahan 3 dalam 1.

i)             Jika berlaku musibah (meninggal atau cacat kekal), pengendali takaful akan bayar dalam bentuk pampasan
ii)            Jika anda sakit dan warded, anda hanya perlu tunjukkan kad ini sahaja untuk warded dan segala kos rawatan akan ditanggung oleh takaful.
iii)           Jika ditakdirkan anda sihat dan tak pernah sakit sepanjang tempoh kontrak, anda akan dapat tabungan simpanan (tiada dalam kad standalone).

5
Jika anda sakit dan pernah warded, anda tidak dijamin untuk tujuan renewal kad pada tahun-tahun akan datang.

Keputusan sebenar bergantung kepada syarikat takaful/insurans yang anda ambil.

Apa pun terjadi kepada anda, kad ini akan valid sehingga tamat tempoh kontrak.



 

Jika anda masih confuse dengan penulisan ini, tak ada cara lain. Cuba call/sms saya atau isi jer borang hubungi saya yang ada di bahagian bawah laman ini. Nanti saya akan buat call balik kepada anda.

Kalau nak cepat untuk saya hubungi anda kembali, anda boleh wassap saya directly.

Wassap jangan tak wassap yer....


Wassap Lazim 019-344 2370




Wallahuaklam..

 


Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
No Phone :
Tarikh lahir anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Put a website form like this on your site.