Contact Us

Salam,

Sebarang pertanyaan anda boleh hubungi saya menerusi alamat pejabat agensi saya seperti di bawah atau skroll down page ini dan isikan borang hubungi yang ada di bahagian bawah laman ini :-


(u.p : Mohd Lazim 019-344 2370)




Dan ini pula gambar office saya di Bandar Baru Bangi.. Sesiapa yang berdekatan, boleh buat appointment terus ke pejabat saya di Bangi..





Saya dan rakan-rakan agent yang lain sedang mengikuti kuliah produk takaful

Dan ini pula adalah alamat ibu pejabat kami di Bangsar, Kuala Lumpur.
Level 19, Menara C,
Dataran Maybank,
No 1 Jalan Maarof, Bangsar 
59000 Kuala Lumpur.


Anda juga boleh melayari laman web syarikat di http://www.etiqa.com.my untuk maklumat lebih terkini produk-produk takaful yang ditawarkan oleh Etiqa


Pelan Karisma : Pelan baru Etiqa menggantikan Pelan Prima


  • Pelan Karisma Etiqa Takaful – adalah produk takaful keluarga yang dikeluarkan oleh Etiqa Takaful  Berhad.
  • Pelan ini sebenarnya adalah peningkatan (upgrading) daripada pelan Prima (juga ditawarkan oleh Etiqa Takaful yang menawarkan bonus setiap 3 tahun sekali).
  • Memandangkan banyak persaingan dalam industri takaful dan insurans ini,(bagus  juga banyak persaingan begini,he he he), pihak Etiqa Takaful telah menaiktaraf pelan Prima kepada Karisma dimana pelan terbaru ini (Karisma) menyediakan kemudahan simpanan dan perlindungan yang lebih baik berbanding Prima.
  • Kalau dalam Pelan Prima, bonus dibayar setiap 3 tahun sekali, tetapi dalam Pelan Karisma bonus akan diberikan kepada pelanggan takaful setiap 2 tahun sekali. Ini bermakna setiap peserta takaful yang mengambil pelan Karisma akan secara automatic (tak payah nak isi borang apa-apa pun) akan menerima cheque setiap 2 tahun sekali. Cheque akan dihantar terus ke alamat peserta.
  • Peningkatan pelan Prima ke pelan Karisma ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan Etiqa Takaful dapat bersaing dengan lain-lain pengendali takaful di luar sana.

Siapa yang sesuai mengambil  pelan Karisma ini ?

1)      Kakitangan kerajaan/swasta yang mengambil skim pencen. Itu bermakna mereka tidak ada caruman simpanan dalam KWSP.
2)      Usahawan-usahawan melayu yang bekerja sendiri dan sudah tentu tiada caruman simpanan dalam KWSP sebagai simpanan hari tua nanti.
3)      Mereka yang tiada kemudahan perubatan melainkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memasuki hospital-hospital swasta.
4)      Tiada kemudahan untuk memasuki hospital kerajaan terutama apabila sudah tidak bekerja nanti;
5)      Mereka yang memerlukan sedikit wang poket bagi setiap 2 tahun sekali



Selain dari bonus yang saya akan perolehi setiap 2 tahun, apa faedah lain yang saya akan perolehi dengan mengambil pelan Karisma ini ?

  • Dalam mana-mana insurans /takaful, peserta akan dapat 2 bentuk faedah, satu berupa tabungan simpanan dan satu lagi perlindungan  (ini wajib ada). Antara perlindungan yang akan disediakan oleh Etiqa Takaful kepada peserta-peserta yang mengambil pelan Karisma adalah :-
  1. Tabung simpanan;
  2. Bonus setiap 2 tahun sekali;
  3. Elaun harian hospital, jika dimasukkan ke wad;
  4. Tabung penyakit kritikal, jika terkena salah satu dari 36 senarai penyakit kritikal ini;
  5. Tabung kemalangan, jika ditimpa musibah kemalangan. (note : Jatuh tangga pun dikira kemalangan, tak semestinya kemalangan janlanraya);
  6. Pengecualian daripada bayaran income tax;
  7. Pampasan akibat kematian mengalami kecacatan kekal
  8. Pampasan kepada pewaris akibat kematian;
  9. Tabung pengurusan jenazah yang akan dibayar serta merta sebaik menerima laporan dari pewaris.

Case Study Salah Seorang Pelanggan Saya

Bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan pelan Karisma ini, saya bagi contoh salah seorang pelanggan yang telah mengambil pelan Karisma. Pelanggan ini dengan biodata beliau seperti di bawah  :

Umur : 25 tahun;
Pekerjaan : Guru sekolah menengah,
Bayaran bulanan : RM200 sebulan;
Tempoh kontrak diambil : 30 tahun

 Apa yang Etiqa Takaful boleh sediakan dengan bayaran RM200 sebulan selama 30 tahun beliau berikan kepada takaful ?

Secara ringkasnya adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah :-
Jadual 1 – Simpanan dan perlindungan untuk peserta TN Karisma
No
Manafaat Polisi
RM 200 sebulan
1
Elaun harian hospital,jika dimasukkan ke wad sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
RM 100 sehari
2
Tabung jika berlaku sebarang kemalangan
RM 20,000
3
Tabung penyakit kritikal. Bayaran bulanan akan dikecualikan sekiranya disahkan mengalami salah satu dari 36 penyakit kritikal. Polisi akan jalan seperti biasa.
 RM 30,000
4
Simpanan yang boleh dikeluarkan apabila tamat tempoh matang (bila polisi tamat). Andainya tiada sebarang pengeluaran dilakukan sepanjang 30 tahun polisi. Details amaun simpanan terkumpul mengikut tahun polisi diambil adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah
RM 46,867.24
5
Jumlah bonus setiap 2 tahun sekali
R11,210.09
6
Pengecualian cukai pendapatan
RM 2,400.00
7
Pampasan akibat berlaku musibah cacat kekal
RM 15,462
8
Pampasan yang diterima oleh ahli keluarga bila berlaku kematian sama ada kematian biasa atau disebabkan oleh kemalangan
RM 16,462

Jadual 2 – Jumlah simpanan dan pampasan kematian mengikut tahun caruman
Akhir Tahun Polisi Umur  Peserta Bonus setiap 2 tahun (RM) Tabungan Simpanan (RM) Pampasan Kematian (RM)
1 26 0                      - 15,462
2 27 773                      - 15,462
3 28 0                 1,070 15,863
4 29 773                   858 16,321
5 30 0                 3,001 17,526
6 31 773                 3,494 18,790
7 32 0                 6,188 20,258
8 33 773                 6,859 21,798
9 34 0                 9,720 23,414
10 35 773               10,565 25,108
11 36 0               13,609 26,885
12 37 1,160               13,931 28,749
13 38 0               17,503 30,704
14 39 1,160               18,015 32,755
15 40 0               21,784 34,906
16 41 1,160               22,502 37,162
17 42 0               26,489 39,528
18 43 1,160               27,434 42,011
19 44 0               31,658 44,614
20 45 1,160               32,851 47,345
25 50 0               49,597 63,138
30 55 1,546               67,727 83,190



Itu  untuk orang yang umurnya 25 tahun, kalau umur macam saya ni, berapa pulak yang saya layak terima ?
  • Seperti dalam insurans kenderaan , kadar bayaran insurans kenderaan akan ditentukan berdasarkan kepada :-
  1. C.C  kenderaan;
  2. Jenis Kenderaan (kereta kancil tak akan sama dengan BMW);
  3. Tahun kenderaan dibuat;
  4. NCD kenderaan yang dimiliki;
  5. Jumlah perlindungan yang diperlukan untuk kenderaan tersebut.
  • Begitu juga dalam takaful keluarga (pelan Karisma ini salah satu pelan dalam takaful  keluarga), ia akan  bergantung kepada perkara-perkara berikut ;-
  1. Umur peserta sewaktu memohon polisi.
  2. Jenis pekerjaan sama ada berisiko atau tidak (Jumlah perlindungan untuk Angkatan Tentera/polis tidak akan sama dengan seorang kerani sekolah atau yang bekerja di dalam pejabat).
  3. Bayaran sebulan kepada pihak takaful. Yang ini jelas, kerana yang bayar tinggi sudah tentu akan dapat perlindungan yang lebih tinggi dari takaful;
  4.  Tempoh kontrak yang diambil (ditandatangani) dengan Etiqa Takaful.

Jadi bagi menjawab soalan ini, saya perlukan maklumat profil anda. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda di bahagian bawah page ini. Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.


Home

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera,


  • Selamat datang dan terima kasih tidak terhingga kerana sudi untuk singgah di laman web dan blog saya.
  •  Saya mengambil inisiatif untuk membina laman info takaful ini di atas dasar untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan juga pengetahuan yang ada pada saya sebagai Perunding Takaful.
  •  Saya akan cuba sedaya upaya untuk mengisi kandungan yang ada pada laman ini berdasarkan apa yang perlu diketahui oleh pelanggan yang sedang tercari-cari produk takaful keluarga sama ada untuk diri sendiri atau ahli keluarga yang lain.
  •  Mana-mana maklumat yang terlalu teknikal dan tidak diperlukan, saya akan cuba ketepikan di dalam penulisan ini. Ini bertujuan bagi mengelakkan lebihan maklmat (overload information) yang hanya boleh memeningkan kepala anda untuk terus memahami takaful dan insurans.
  •  Bahasa-bahasa yang akan saya gunakan,InsyaAllah akan mudah difahami kerana saya akan guna bahasa yang santai tetapi tidak akan lari dari maklumat yang sebenarnya.
  •  Perkongsian saya akan lebih tertumpu kepada :-
  1. Definisi takaful dan bezanya dengan Insurans
  2. Apa produk-produk yang ditawarkan oleh MaybankTakaful @ Etiqa Takaful?
  3. Apa faedah bagi setiap produk yang ditawarkan ?
  4. Siapa yang sesuai mengambil produk-produk takaful yang ditawarkan ?
  5. Contoh-contoh kontrak takaful bagi memudahkan anda memahami jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan takaful kepada pelanggannya.
  6. Berapa komitmen bulanan anda dan berapa amaun pampasan RM yang sepatutnya anda layak sekiranya ditimpa musibah ?
  7. Bagaimana untuk menghubungi saya sekiranya masih perlukan penjelasan lanjut.

Sekian. Selamat melayari laman ini dan cuba fahami betul-betul dulu konsep dan jenis-jenis perlindungan takaful yang disediakan pihak pengendali takaful kepada para pelanggannya...

Salam hormat dari saya,





Mohd Lazim
Agent Etiqa Takaful
Kod Agent : 1ET38980
Tel : 019-344 2370





Jika anda usia 25 tahun dan mengambil polisi TN Harmoni RM150 sebulan, apa Etiqa Takaful sediakan untuk anda?




Salam sejahtera,

  •  Bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan pelan-pelan takaful yang disediakan oleh Etiqa Maybank Takaful, saya sertakan satu contoh ilustrasi kontrak takaful dengan biodata peserta takaful adalah seperti di bawah :-
    1. Umur peserta sewaktu memohon polisi : 25 tahun
    2. Sumbangan bulanan : RM 150.00
    3. Tempoh Kontrak Bersama takaful : 20 tahun
    4. Pelan Takaful Diambil : TN Harmoni (tanpa mengambil kad perubatan Etiqa)
  • Sebagai ringkasan, saya sertakan senarai faedah dan juga amaun RM yang dijamin kepada peserta takaful yang mengambil polisi ini di dalam bentuk jadual.
  •  Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan faedah yang akan diperolehi oleh peserta takaful tersebut.

Jadual 1 : Faedah asas yang layak diterima oleh peserta takaful (seperti biodata dinyatakan diatas)

  
Jadual 2 :  Perician jumlah simpanan dan pampasan akibat kematian mengikut tahun caruman


  • Sekiranya anda ingin mengetahui amaun kontrak takaful untuk anak anda atau diri anda sendiri, jangan lupa isi sahaja borang pertanyaan yang ada di bahagian bawah page ini.




Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
No Phone :
Tarikh lahir anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Put a website form like this on your site.