Semua orang tahu, pendidikan anak-anak penting untuk masa depan mereka kelak. Di peringkat sekolah rendah lagi, hatta di Tadika lagi kebanyakan ibubapa dah start memikir pasal pendidikan anak-anak mereka. Cukup risau mereka kalau-kalau anak mereka tercicir dalam pendidikan.
Tak cukup dengan kurikulum disekolah, dihantar anak ke tuisyen sana tuisyen sini, semata-mata nak pastikan anak-anak cukup ilmu pendidikan disekolah.
Cuma dalam keghairahan kita menyediakan pendidikan untuk anak-anak sewaktu kecil, Jangan sekali-kali kita terlepas pandang tentang masa depan anak-anak untuk tempoh masa akan datang. Maksud saya 10 atau 15 tahun akan datang.
Hari ini anak kita mungkin di tadika atau primary school, usia 5 atau 6 tahun.
10 tahun akan datang anak ini dah membesar dan mungkin dah ada yang akan masuk U. Usia masuk U biasanya 18 tahun. Waktu itu tahukah kita berapa kos sebenar untuk menghantar anak masuk U pada ketika itu? Kos sekarang pun ada ibubapa yang sesak nafas dibuatnya.
Kalau dapat masuk IPTA, rasanya masih OK lagi. Bergantung kepada tahap ekonomi kita pada ketika itu. Itu pun kita kena ingat, nak masuk IPTA tak semacam dulu-dulu lagi. Kalau dulu, kalau STPM dapat 5P, kalau bumiputera dan confirm dah boleh masuk IPTA. Dalam tangan kata orang. Tetapi sekarang ni persaingan cukup sengit. Result bagus macam mana pun belum ada jaminan untuk ke IPTA.
Kalau tak masuk IPTA, nak masuk mana lagi? IPTS la jawabnya. Tahukah kita agak-agak berapa kos masuk IPTS 10 tahun akan datang. Kalau kita anak dato’ datin, rasanya tak de hal punya… Bayar cash hari tu pun boleh.
Tapi yang jadi masalah besar kepada orang biasa macam kita. Takkan nak jadi macam cerita-cerita yang kita selalu dengar di TV dan juga akhbar. Ada ibu merengek dengan saudara mara sahabat handai untuk meminjam wang untuk tampung kos pengajian anak di U. Atau yang lebih menakutkan (nauzubillah) ada anak yang kreatif yang bekerja sebagai kupu-kupu malam hanya untuk dapatkan duit poket bagi membiayai kos pengajian di Universiti.