Sebetulnya HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.
SIAPA WARIS TERDEKAT ?
- Kalau suami, of course la isteri, ibu/bapa atau pun anak-anak.
- Kalau isteri, he he he. Selalunya dia orang bagi kat anak-anak, kemudian ibu/bapa (jika masih ada).
Apa benefit nya kalau ambil HIBAH TAKAFUL ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
- Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…
- Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..
- TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30++ hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)
- Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100% pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....
- Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja. KWSP guan konsep PENAMA (bukan hibah tau)….
- Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.
REAL CASE STUDY
- Saya tak nak panjang kan cerita, saya nak bagi real case study salah seorang customer saya yang ambil pelan HIBAH TAKAFUL ni..
- Lagi mudah faham…. Kalau tulis berjela pun, mungkin tuan-tuan dan puan-puan confuse..
Profil Customer :
- Kakitangan kerajaan (bekerja yang tidak begitu ber risiko )
- 33 tahun
- Bergaji RM4,500 sebulan
Dengan memperuntukkan RM160 sahaja sebulan, bersamaan 3.56% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:
- Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
- Tabung Penyakit Kritikal RM100,000
- Waiver… Ini yang bagusnya…Jika disahkan terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, bayaran/sumbangan bulanan kepada takaful dikecualikan TETAPI polisi jalan seperti biasa.
1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
- Jika ditakdirkan si suami meninggal, maka si isteri selaku penerima hibah boleh membuat tuntutan sebanyak RM350,000 kepada syarikat takaful.
- Dalam jangkamasa 30 hari++, isteri akan memperolehi cheque bernilai RM350,000 daripada pihak takaful.
- Jadi, duit ni la yang jadi pengganti kepada gaji suami selama ini…
2. Penyakit Kritikal RM100,000
- Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, maka suami boleh tuntutan sebanyak RM100,000 daripada pihak takaful.
- Duit pampasan ni boleh diguna oleh suami untuk tujuan rawatan penyakitnya….Nak ke hospital, ke homeopathy, nak buat Acupuncture atau nak jumpa bomoh dukun sekali pun untuk rawatan tradisional, perlu juga duit kan?
- Jadi duit pampasan sakit kritikal ni, boleh diguna untuk tujuan ini.
- Bayangkan jika kita tidak ada langsung polisi takaful…. Dah la sakit, nak kena pi berubat, duit pula x ada… parah kita dibuatnya…
- Last-last terpaksa gadai apa yang ada… Kalau tak, terpaksa tebal kan muka merayu dengan adik beradik lain….
3. Waiver – Pengecualian Bayaran
- Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, bayaran bulanan (RM160 sebulan) tu dikecualikan…Dah la dapat pampasan RM100,000, bayaran bulanan pula dikecualikan.
- Maksudnya tak perlu bayar apa-apa lagi, TETAPI polisi takaful jalan seperti biasa..Maksudnya pampasan kematian RM350,000 tu tetap sama walaupun suami dah tak bayar apa-apa kepada pihak takaful.
- Inilah baru betul HIBAH TAKAFUL yg sebenar. Bukan nya janji yang bukan-bukan.
- Bukan macam setengah skim diluar sana… Masuk RM5,000, dapat RM500 (10%) tiap-tiap bulan. Dua kali dapat, lepas tu hilang lesap ntahh kemana..
BERMINAT NAK TAHU LANJUT
PASAL HIBAH TAKAFUL?
KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.