Amalan HIBAH & WASIAT Elak Perebutan Harta Pusaka Selepas Kematian Ahli Keluarga.


Bagi mengelakkan berlakunya pertikaian di dalam pengagihan harta pusaka milik arwah (simati), maka DUA perkara WAJIB dijalankan iaitu :-


1]   Hibah dan juga
2]    Wasiat

Kedua-dua perkara di atas mesti dilakukan sewaktu kita masih hidup bernafas di atas muka bumi ini. 








Kalau dah tiada, dan kita tak pernah buat hibah atau wasiat, ini yang boleh dan akan berlaku.

- Harta pusaka tertunggak di Amanah Raya
- Adik beradik bergaduh sesama sendiri untuk merebut bahagian masing-masing
- Mungkin melibatkan pergaduhan keluarga






Apakah  Yang Dimaksudkan Dengan Hibah?


Perancangan kewangan yang betul adalah amat penting kerana ia akan melibatkan kehidupan dua pihak iaitu :-

1]    Kehidupan simati di alam roh dan
2]   Ahli keluarga yang masih hidup yang ditinggalkan di alam dunia ini.


Inilah yang dikatakan jaminan masa hadapan dunia dan akhirat. Islam tidak mahu umatnya bergaduh dan bersedih sepanjang hayat selepas berlaku kematian mana-mana ahli keluarga.
Cukup la setakat sehari dua atau paling lama pun seminggu dua mengenangkan ahli keluarga tersayang pergi mengadap Illahi.

Yang masih diberi keizinan oleh Allah swt untuk terus menghirup udara segar di atas mukabumi ini, suka tak suka kehidupan kita sebagai khalifah atas muka bumi ni hendaklah diteruskan seperti biasa. 

Hibah dan wasiat berkait secara langsung dengan harta pusaka yag ditinggalkan oleh ahli keluarga yang pergi terlebih dulu daripada kita.
Hibah dalam bahasa mudahnya merupakan pemberian/sedekah seseorang kepada orang lain atau pihak tertentu dan pembahagian hibah itu dilakukan pada ketika pemberi itu masih hidup
Sewaktu masih hidup, kita yang ada harta boleh menentukan kepada siapa dan berapa persen nya harta itu ingin diagihkan. Ianya mesti dilakukan secara bertulis dan mempunyai autoriti (sah disisi undang-undang).
Amalan hibah dan wasiat sebenarnya boleh mengelakkan berlaku pertikaian dan perebutan harta di kemudian hari.
  



Pelaksanaan hibah bertujuan untuk jaminan ketenangan hati dan minda penerima mahupun pemberi hibah. Biarpun asalnya hibah umpama pemberian, sedekah atau hadiah namun pelaksanaannya tetap membabitkan akad.
Akad hibah hanya akan wujud setelah empat rukun dan syaratnya dipenuhi iaitu perlu ada :-
       1)     Pemberi hibah
       2)     Penerima hibah
       3)     Benda atau harta yang dihibahkan dan
       4)     Ijab dan kabul


Pemberi hibah mestilah seorang yang telah baligh dan berakal supaya beliau memahami dan jelas dengan matlamat pemberian hibah yang ingin dilakukan.


Bagaimanakah operasi hibah bersyarat 

dilaksanakan dalam Takaful?


Produk takaful sememangnya telah digabungkan dengan elemen hibah malah telah diamalkan oleh semua pengendali takaful kerana ia berpaksikan amalan sedekah melalui pengurusan tabung Tabarru'.

Pengendali takaful akan menghibahkan sesuatu kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan tertentu yang telah dicapai peserta.
Terdapat beberapa produk takaful yang menggunakan konsep hibah ke atas Pelan Takaful mereka. Pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful di mana waris (Penerima Hibah) akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian.

Kesemua itu ada termaktub secara legal di dalam polisi atau kontrak takaful antara Peserta Takaful dan Pengendali Takaful.

Anda pernah lihat borang ini ?. Ini adalah bahagian yang wajib diisi oleh peserta takaful (yang menggunakan hibah dengan syarikat Takaful Ikhlas). Nama pewaris selaku penerima hibah hendaklah diisi dengan jelas dan tepat dalam borang ini.




Jika terjadi apa-apa musibah kepada peserta takaful (kematian sama ada kematian biasa atau kematian disebabkan kemalangan), pihak syarikat Takaful akan memproses tuntutan pampasan kematian dan bayaran pampasan kematian akan terus diberi kepada penerima hibah TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid..


Wallahuaklam.


Ingin tahu lanjut?


Boleh tinggalkan no wassap anda ke    019-344 2370   atau isi jer boring maklumat diri yang ada di bahagian bawah laman ini.

Kalau tak pun, KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.


http://hibahtakaful0193442370.wasap.my
http://hibahtakaful0193442370.wasap.my


http://hibahtakaful0193442370.wasap.my