Showing posts with label mrta vs mlta. Show all posts
Showing posts with label mrta vs mlta. Show all posts

Wednesday, May 17, 2017

Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTA/MLTT dan bukan MRTA/MRTT ?



Perhatian  kepada pemilik rumah kediaman dan bakal-bakal pembeli rumah 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.


Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
  •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan belum memiliki apa-apa insurans rumah anda ?
  •         Sedang dalam proses untuk membeli rumah ?
  •          Tidak tahu sepatah pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTA/MLTT or MRTA/MRTT ?


Jika Ya, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



INSURANS MRTA/MRTT Vs MLTA/MLTT


Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

            i)        MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
       MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
dan 
           ii)    MLTA - Mortgage Level Term Assurance.
       MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MLTA/MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTA/MRTT.

MLTA/MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta simpanan sekali gus.

Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTA/MRTT kerana dalam MRTA/MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan. 


Maknanya (MRTA/MRTT) 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
Maknanya juga, dalam MRTA/MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) disepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen benefit (cash value) pun daripada pihak bank or dari syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.



$$$   MLTA/MLTT - Ada Cash Value   $$$

Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTA/MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value).

Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan. Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.




Nak tahu lanjut, anda boleh wassap saya Lazim 019-344 2370. 


Wassap Lazim 019-344 2370


Saya boleh tolong kirakan untuk anda dan anda boleh buat perbandingan sama ada nak ambil MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT.


RUNGUTAN PELANGGAN BANK

Memandangkan banyak rungutan yang ditimbulkan oleh pelanggan yang berurusan dengan pihak Bank sewaktu memohon pinjaman perumahan ini, maka Bank Negara malaysia (BNM) telah menggubal satu peraturan baru yang tidak lagi membenarkan bank-bank untuk mengambil polisi insurans yang mereka cadangkan sahaja.

Selalunya bank akan cadangkan (paksa le tu) untuk mengambil polisi insuran MRTA/MRTT daripada mereka sahaja.


Sekarang, pelanggan ada hak untuk memilih polisi insurans mengikut keperluan mereka sendiri. Pelanggan boleh pilih sama ada nak ambil MRTA/MRTT atau MLTA/MLTT..


Dalam MRTA/MRTT, pelanggan tiada pilihan lain dari segi kaedah bayarannya. Pelanggan dikehendaki membayar sekali gus (lump-sum) fees untuk insurans MRTA/MRTT.

Jika pelanggan membuat pinjaman dengan tempoh pinjaman 35 tahun lamanya, maka jika pelanggan mengambil polisi insurans MRTA/MRTT, pelanggan dikehendaki membayar fees insurans rumah MRTA untuk cover sehingga 35 tahun sekali gus, walaupun rumah masih dalam pembinaan (belum duduk lagi).


Sedangkan pelanggan ada option lain (selalunya tak dimaklumkan oleh pihak bank) iaitu Insurans or takaful simpanan (MLTA/MLTT la nie) yang juga berperanan untuk melindungi pembeli rumah daripada musibah kematian or cacat kekal kepada peminjam perumahan.

 Sedangkan dalam insurans MLTA/MLTT, pelanggan bukan sahaja boleh buat bayaran secara berkala (bulanan, suku-tahunan, setengah tahunan or tahunan) malah bukan semua fees yang dibayar kepada syarikat insurans akan dikaut oleh syarikat insurans.

Sebahagian lagi akan dipulangkan balik dalam bentuk simpanan tunai . Part ni ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya. Ramai di kalangan kita yang tidak mengetahuinya. Ini termasuklah golongan-golongan professionaly yang ternama pun kurang menyedari tentang perbedaan antara kedua insuran ini.


Banyak lagi  yang ketara perbezaan antara MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT ni,  Untuk bacaan dan pemahaman, boleh la studi sikit jadual yang saya sertakan di bawah ini.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan di antara MRTA/MRTT dan MLTA/MLTT




MRTA/MRTT
MLTA/MLTT
Tujuan
Perlindungan sahaja
Perlindungan, dan Simpanan
Perlindungan
Amaun perlindungan akan menyusut dari tahun ke tahun.
Amaun perlindungan kekal sepanjang tempoh pinjaman.
Pemegang Polisi
Atas nama bank
Atas nama peminjam atau mereka yang bertanggungjawab membuat bayaran  insurans rumah ini
Pindah
Tidak boleh dipindah milik.

*** Nak pindah macam mana? Pemegang polisi adalah atas nama Bank.
Boleh ditentukan faraid dan hibah terus duit pampasan takaful kepada anak isteri.
Nilai Tunai
Tiada langsung.
Tetap nilai tunai (dijamin) sepanjang tempoh pinjaman.Pemegang polisi akan mendapat semula premium yang dibayar pada masa hadapan.
Pembayaran
Bayaran sekali gus (lump-sum) atau dibiayai ke dalam gadai janji pinjaman.

* Jika bank bundle sekali dalam housing loan, maka fees sebenar untuk MRTA akan meningkat 3 kali ganda (include bank interest)

Bayaran secara berkala. Boleh pilih sama ada untuk bulanan,  suku tahunan, setengah tahun  atau tahunan.
Premium
Rendah
Tinggi sedikit



Kesimpulan

, Jika anda nak kan insurans rumah yang boleh :-

1.       Dibayar secara bulanan dan bukan lump-sum
2.       Yang ada saving (duit premium bukan semua ditelan oleh syarikat insurans)
3.       Penama atas nama anda sendiri dan bukan atas nama bank
4.       Amaun perlindungan rumah tak akan susut sampai ke akhir tempoh pinjaman

    Maka

Jawapan yang paling sesuai adalah insuran rumah MLTA/MLTT…dan lupakan sahaja MRTA/MRTT



Untuk keterangan lanjut berkenaan MLTA/MLTT , anda boleh wassap saya



Wassap Lazim 019-344 2370

Wassap Lazim 019-344 2370

Atau Isikan sahaja butiran diri anda dalam form cikai saya di bawah ini....


Thursday, December 29, 2016

HIBAH TAKAFUL ? Faham ker ?


Sebetulnya HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.

SIAPA WARIS TERDEKAT  ?

  • Kalau suami, of course la isteri, ibu/bapa atau pun anak-anak.
  • Kalau isteri, he he he.   Selalunya dia orang bagi kat anak-anak, kemudian ibu/bapa (jika masih ada). Nama suami biasanya tak ada langsung…. Normal la gini…kalau nak tahu kenapa? Tanya sang isteri laa…. Mereka lebih arif tentang hal ini…


Apa benefit nya kalau ambil HIBAH TAKAFUL ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-          Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…

-           Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..

-           TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30 hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)

-          Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100%  pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....

-          Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja.  KWSP tak laksana konsep hibah tau….

-          Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.


REAL CASE STUDY

  • Saya tak nak panjang kan cerita, saya nak bagi real case study salah seorang customer saya yang ambil pelan HIBAH TAKAFUL ni..
  •  Lagi mudah faham…. Kalau tulis berjela pun, mungkin tuan-tuan dan puan-puan confuse..


Profil Customer :



- Lelaki
- Kakitangan kerajaan (bekerja yang tidak begitu  ber risiko )
- 33 tahun
- Bergaji RM4,500 sebulan





Dengan memperuntukkan RM160 sahaja sebulan, bersamaan 3.56% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:

  1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
  2. Tabung Penyakit Kritikal RM100,000
  3. Waiver… Ini yang bagusnya…Jika disahkan terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, bayaran/sumbangan bulanan kepada takaful dikecualikan TETAPI polisi jalan seperti biasa.


1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000

  • Jika ditakdirkan si suami meninggal, maka si isteri selaku penerima hibah boleh membuat tuntutan sebanyak RM350,000 kepada syarikat takaful.
  • Tapi, dalam jangkamasa 30 hari++, isteri akan memperolehi cheque bernilai RM350,000 daripada pihak takaful.
  • Jadi, duit ni la yang jadi pengganti kepada gaji suami selama ini…


2. Penyakit Kritikal RM100,000

  • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, maka suami boleh tuntutan sebanyak RM100,000 daripada pihak takaful.
  • Duit pampasan ni boleh diguna oleh suami untuk tujuan rawatan penyakitnya….Nak ke hospital, ke homeopathy, nak buat Acupuncture atau nak jumpa bomoh dukun sekalu pun untuk rawatan tradisional, perlu juga duit kan?
  • Jadi duit pampasan sakit kritikal ni, boleh diguna untuk tujuan ini.
  • Bayangkan jika kita tidak ada langsung polisi takaful…. Dah la sakit, nak kena pi berubat, duit pula x ada… parah kita dibuatnya…
  • Last-last terpaksa gadai apa yang ada… Kalau tak, terpaksa tebal kan muka merayu dengan adik beradik lain….


3. Waiver – Pengecualian Bayaran
  • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, bayaran bulanan (RM160 sebulan) tu dikecualikan…Dah la dapat pampasan RM100,000, bayaran bulanan pula dikecualikan.
  • Maksudnya tak perlu  bayar apa-apa lagi, TETAPI polisi takaful jalan seperti biasa..Maksudnya pampasan kematian RM350,000 tu tetap sama walaupun suami dah tak bayar apa-apa kepada pihak takaful.
  •  Inilah baru betul HIBAH TAKAFUL yg sebenar. Bukan nya janji yang bukan-bukan.
  • Bukan macam setengah skim diluar sana… Masuk RM5,000, dapat RM500 (10%) tiap-tiap bulan. Dua kali dapat, lepas tu hilang lesap ntahh kemana..


BERMINAT NAK TAHU LANJUT 
PASAL HIBAH TAKAFUL?

Wassap 019-344 2370
Wassap 019-344 2370
Wassap 019-344 2370



Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
Email :
No Phone :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Click here to create your own form.