Showing posts with label maybank takaful. Show all posts
Showing posts with label maybank takaful. Show all posts

Anda sakit dan perlu WARDED (Perlu tinggal di wad) ? Bagaimana ingin menggunakan Kad Perubatan Takaful yang ada ditangan anda ?


Nampaknya dalam seminggu dua ni, ramai betul customer saya yang terpaksa kena tahan kat wad. Ada yang sakit denggi, ada pula yang sakit kepala (migraine)  dan ada pula yang sakit dalam perut (gastrik).

Nasib baik mereka ada ambil polisi yang attach sekali dengan Kad Perubatan Takaful.


Untuk memudahkan lain-lain client (dan juga audiens) saya diluar sana  yang ada Kad Perubatan Takaful, disini saya sertakan sedikit panduan untuk anda menggunakan kad perubatan takaful yang dah anda miliki sekian lama ini…


Langkah 1 – Pastikan anda sudah layak menggunakan kad perubatan ini. Jangan sesekali kad takaful anda masih dalam waiting period (masa menunggu). Untuk pengetahuan, mana-mana kad perubatan takaful atau insuran memang ada masa menunggu atau waiting period. Biasanya 120 hari untuk sakit kritikal.

Pastikan juga polisi anda tidak berstatus LAPSE.. Lapse ini berlaku jika sumbangan atau bayaran bulanan anda ke takaful tidak ada yang tertunggak... Sebab itu, jika ambil mana-mana polisi takaful, lebih-lebih lagi yang ambil medical card, bayaran bulanan adalah menjadi kewajipan anda untuk melunaskannya.

Jangan dikala kita memerlukannya, check punya check rupanya medical card kita sudah 3 bulan tidak berbayar.... Kalau ini berlaku, memang akan problem untuk menggunakan medical card yang ada ditangan kita..

p.s : Kalau tak faham juga apa itu “waiting period”, sila berhubung dengan Perunding Takaful anda masing-masing. Itu la, gunanya ada agent or Perunding Takaful....apa jua soalan, boleh direct kepada beliau...

p.s .s : Kalau kes kemalangan (accident) ia cover sebaik polisi berkuatkuasa… Tiada waiting period untuk kes kemalangan..


Langkah 2 – Pergi ke klinik (dicadangkan terus ke KlinikPanel Takaful)  dan dapatkan rawatan daripada doktor biasa terlebih dahulu.

Pihak hospital (doktor biasa)  akan buat pemeriksaan terlebih dahulu dan sekiranya keadaan anda memerlukan anda perlu ditahan di wad, doktor akan beritahu anda tentang keperluan anda perlu ditahan di wad.

Waktu ini lah anda boleh mulakan usaha anda untuk mendapatkan kemudahan yang disediakan oleh Kad Perubatan Takaful anda.

Langkah 3 – Dapatkan Surat jaminan (guarantee letter or GL)

Langkah ini amat penting sebelum anda masuk wad. Jangan main serbu masuk dan selepas itu baru nak usahakan dapatkan GL. Sebab ada kes yang pihak Takaful tak dapat keluarkan GL terutama yang tidak memenuhi syarat-syarat pengendali takaful atau payment anda ke takaful dah sangkut berbulan-bulan.

Jika anda masuk wad terlebih dahulu dan pihak Takaful tak dapat keluarkan GL untuk anda, maka jawab nya anda kena bayar sendiri kos rawatan dihospital tersebut..

Kalau sedikit tak apa la, tapi kalau ribu riban nak kena bayar, tak ke haru dibuatnya....

Ini adalah contoh-contoh yang GL mungkin sukar diperolehi :-

      1)  Kad anda masih dalam waiting period. 
2    2) Polisi anda lapse berbulan-bulan. Sumbangan or bayaran bulanan anda sangkut berbulan-bulan.
3    3) Anda menyembunyikan status kesihatan anda sewaktu memohon kad perubatan ini... 

p.s : Anda kena pastikan kedua-dua di atas memenuhi syarat nya...Kalau dah 6 bulan tak buat bayaran, tiba-tiba sakit dan anda sukar atau tak dapat langsung GL,  maka jangan la anda bising-bising pulak dengan syarikat takaful atau insurans anda.

Kalau memenuhi syarat di atas, boleh proceed kepada langkah-langkah yang akan saya ceritakan seterusnya.....

Untuk memudahkan kerja anda mendaptkan GL ini, ada dua option yang mudah untuk anda lakukan:-

1) Dapatkan bantuan pihak hospital. Tunjukkan mereka kad perubatan anda dan minta mereka usahakan untuk dapatkan GL dari Takaful. Biasanya mereka tiada masalah untuk tujuan ini. 

Sebab mereka (pihak hospital) yang nak kan duit dari kos rawatan yang akan dikenakan kepada anda kelak.


2) Hubungi Perunding Takaful anda. Sila pastikan nombor phone Perunding Takaful anda ada dalam phone address anda sepanjang masa.

Biarkan kedua-dua mereka itu yang bekerja untuk anda untuk memastikan anda mendapatkan GL. Dalam keadaan begini anda hanya perlu fikirkan tentang kesihatan anda sahaja lagi. Itu yang sepatutnya.

Yang lain-lain tu biarkan orang lain yang memikirkannya.

Ringkasnya :

1) Pasal GL - Biar receipcionist hospital dan Perunding Takaful anda yang uruskan untuk anda.

      2) Pasal rawatan atau pembedahan (jika ada) biar sahaja pihak hospital uruskan

3) Pasal kos rawatan biar saja pihak  Syarikat Takaful yang langsaikan.

        Anda hanya perlu fikir kesihatan anda sahaja. Kan senang kalau ada kad perubatan tu…


Langkah 4 – Tunggu  ajer syarikat takaful hantar GL terus ke hospital. Biasanya mereka akan fax terus ke hospital.

Dah dapat GL. Anda boleh masuk wad dengan senang hati… Selesai bab nak dapat GL.


p.s : Standby juga dengan sedikit duit deposit yer…..Amaun bergantung kepada pihak hospital.. Tapi biasanya dalam lingkungan RM200 ke RM500 sahaja. Takaful memang tak ambil pun duit ni…. Yang minta adalah pihak hospital… apa-apa hal dengan deposit boleh ajukan soalan kepada pihak hospital..


SEKIAN….Jika artikel cabuk ini bermanafaat, boleh la tolong viral kan... 

Jika anda diluar sana inginkan info lanjut tentang kad perubatan ini. Boleh tinggalkan no wassap anda kepada saya  Lazim 019-344 2370 ATAU


Isikan sahaja maklumat diri anda dalam borang yang ada dibahagian bawah laman ini.

TN Harmoni : Apa yang Takaful boleh sediakan, jika anda mengambil polisi untuk anak anda berusia 15 tahun dengan sumbangan bulanan RM150 selama 20 tahun ?





  • Pelan TN HARMONI  merupakan pelan takaful yang sesuai untuk orang dewasa. Namun begitu, ia juga boleh diambil/ditawarkan kepada anak-anak di peringkat remaja.
  •  Anak peserta yang memiliki polisi TN Harmoni akan mendapat faedah tabungan simpanan RM yang terjamin di mana simpanan ini dikeluarkan (jika mahu) pada tahun ke 2 selepas menyertainya. 
  •  Sejumlah pampasan juga akan disalurkan kepada keluarga jika Pembayar meninggal dunia
  • Ini contoh ilustrasi kontrak takaful dengan andaian anak selaku peserta yang dilindungi dan juga Pembayar dengan usia seperti di bawah :-
    1. Umur Anak sewaktu memohon polisi : 15 tahun
    2. Umur Pembayar sewaktu memohon polisi  : 40 tahun 
    3. Sumbangan bulanan : RM 150.00
    4. Tempoh Kontrak Bersama takaful : 20 tahun
    5. Pelan Takaful Diambil : TN Harmoni
  • Sebagai ringkasan, Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan Faedah yang akan diperolehi oleh peserta takaful tersebut.
  • Sekiranya anda ingin mengetahui kontrak takaful untuk anak anda atau diri anda sendiri, jangan lupa isi sahaja borang pertanyaan yang ada di bahagian bawah page ini.

Jadual 1 : Faedah asas yang layak diterima oleh peserta takaful (seperti biodata dinyatakan diatas)

  
Jadual 2 :  Perician jumlah simpanan dan pampasan akibat kematian mengikut tahun caruman






Dengan RM120 sebulan bagi orang dewasa usia 26 tahun, apa yang takaful boleh bagi ??



Jika anda seorang lelaki/perempuan dewasa, usia 26 tahun dan menyimpan dengan Takaful RM120 sebulan selama 39 tahun, i.e sehingga usia anda 65 tahun, apa yang Takaful boleh bagi jaminan kepada anda.


Apa itu Pelan TN Harmoni Etiqa ?


Pelan HARMONI membolehkan PESERTA memiliki perlindungan dan jaminan simpanan jangka panjang di mana simpanan boleh dikeluarkan sebelum tempoh matang tanpa interest iaitu selepas SATU TAHUN MENYERTAI .


Ini membolehkan mereka menggunakan simpanan yang dibuat tanpa perlu menunggu tempoh matang dan ia TIDAK MENJEJASKAN MANAFAAT perlindungan mereka.


Pelan HARMONI amat praktikal untuk peserta yang memerlukan perlindungan yang tinggi disamping jumlah simpanan jangka panjang yang memuaskan. Polisi yang matang selepas tahun ke 25 ke atas akan mendapat pulangan simpanan yang melebihi jumlah bayaran bulanan yang dibuat dengan purata 100% pulangan.


Berikut adalah apa yang akan terkandung dalam kontrak antara salah seorang pelanggan saya dengan takaful andainya anda ditimpa apa-apa musibah di dalam tempoh polisi yang ditandatangani dengan pihak Takaful.



TARIKH LAHIR : 01/07/1986

TEMPOH MATANG : KETIKA UMUR 65

SUMBANGAN bulanan : RM 120.00 ( Polisi Perlindungan + Simpanan )


Dengan sumbangan tersebut setahun peserta akan mendapat manfaat-manfaat spt berikut di dalam polisi perlindungan SEKIRANYA berlaku musibah :



MANFAAT POLISI

Jumlah Pampasan

1: Simpanan Ketika Tamat Polisi

Akan dipulangkan kesemuanya kepada peserta bersama KEUNTUNGAN

= RM 88,598.00

2: Tabungan Haji/Umrah

Boleh dikeluarkan sebanyak 80% dari jumlah simpanan keseluruhan

(Pada umur 45 th)

= RM 21,504.00

3: Tabung Kemalangan

Akan dibayar kepada peserta mengikut peratus kecederaan dialami.

= RM 20,000.00

4: Tabung Penyakit Kritikal

Dibayar keseluruhan sekiranya peserta mengidap salah satu dari 36 penyakit

= RM 20,000.00

5. Khairat Kematian Peserta

Dibayar keseluruhan jika PESERTA meninggal dunia. (manfaat meningkat setiap tahun)

= RM 46,048.00

6. Khairat Kematian Peserta Akibat Kemalangan

Dibayar keseluruhan jika PESERTA meninggal dunia. (manfaat meningkat setiap tahun)

= RM 66,048.00

7: Tabung Hilang Upaya Kekal

Sekiranya peserta mengalami musibah hilang upaya kekal seperti cacat,lumpuh atau buta sebaik menyertai. (manfaat meningkat setiap tahun)

= RM 46,048.00

8. Manfaat Harian Hospital

Akan dibayar setiap hari sehingga 365 hari.

RM80/hari

5: MC Akibat Kemalangan

Akan dibayar DENGAN KADAR HARIAN jika peserta MC akibat dari kemalangan.

= RM 73.50/seminggu

10. Pelepasan Cukai Pendapatan

Pelepasan sehingga maksimum RM6000 setahun

=RM120 x 12bln

=RM1440/thn

Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
No Phone :
Tarikh lahir anda :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Put a website form like this on your site.