INSURAN RUMAH MRTT vs MLTT - APA SEBENARNYA ?


Sebelum anda baca apa-apa yang terkandung kat laman ini, perlu diingatkan INSURAN RUMAH disini BUKAN cover rumah daripada bencana (terbakar, rumah hancur dek kerana taufan, banjir, tanah runtuh or gempa bumi), TETAPI

Insuran rumah yang saya maksudkan disini adalah untuk cover loan rumah yang anda dah lakukan dengan pihak bank…



Insuran rumah disini akan melindungi anda (selaku peminjam) daripada musibah yang tiba-tiba berlaku…

Apa musibah yang tiba-tiba itu ?

1) KEMATIAN
2) CACAT KEKAL

Kerana 2 perkara di atas, tidak ada siapa yang boleh meramal bila ianya berlaku..

Jika berlaku juga (nauzubillah), apa akan jadi dengan loan yang kita buat?

Bank tetap bank. Mereka akan tuntut pinjaman itu dilunaskan seperti biasa, walaupun kita (peminjam) diatkdirkan sudah tiada lagi atau pun tidak dapat bekerja lagi dek kerana mengalami kecacatan kekal.

Dari segi legal, 3 bulan loan tak berbayar, bank ada hak untuk buat lelongan ake atas rumah tersebut…

Jadi untuk pastikan loan dengan pihak bank dapat dilunaskan sebagaimana dalam perjanjian, suka tak suka kita kena sediakanperlindungan insuran keatas pinjaman yang kita buat..



INSURAN RUMAH MLTT VS MRTT

Sebenarnya ada 4 istilah yang selalu berkait dengan insuran rumah ini, iaitu :-
i)              Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)
ii)             Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT)
iii)            Mortgage Level Term Assurance (MLTA)
iv)           Mortgage Level Term Takaful (MRTT)



Untuk orang Islam, yang no i  dan no iii tu (Assurance) lupa kan lah sahaja… Tak payah nak cari penyakit nak ambil yang sah sah hukum pengambilannya dari segi syarak..

Assurance tu adalah insurans konvensional.. Boleh check sinisinisini dan sini untuk mengetahui hukum pengambilan insuran konvensional…

Ini sahaja syarikat operator takaful yang sah diMalaysia ini… Klik sini untuk mengetahui senarai oprator takaful di Malaysia.

Jadi untuk orang Islam, ada 2 pilihan yang boleh dipertimbangkan iaitu

MRTT atau MLTT.

Senang mudahnya… MRTT – insurans yang biasanya ditawarkan oleh pihak Bank sewaktu kita sign loan rumah lagi..

Bank suka MRTT sebab MRTT biasanya bank akan masukkan terus dalam loan rumah. Maknanya bila loan lulus, secara automatic insuran rumah juga akan dimasukkan sekali dalam loan rumah.

Masalah dengan MRTT ini, amaun pampasan itu akan berkurang dari setahun ke setahun… ia akan mengikut  balance atau pun baki loan yang masih tinggal..

Contohnya. Katakan loan rumah bernilai 300K pada mulanya… Tetapi selepas 10 tahun amaun ini (outstanding loan) ini dah tentu akan berkurangngan.. Sebab kita dah bayar setiap bulan selama 10 tahun itu…

Katakana selepas 10 tahun, outstanding loan tinggal 200K dan pada tahun tersebut berlaku kematian kepada peminjam, maka pihak insuran/takaful akan membuat bayaran 200K dan terus kepada pihak bank.

Itu MRTT…

Tahun pertama, ia cover 300K.. Bila tahun-tahun berkiutnya, amaun perlindungan 300K ini akan berkurangan dari setahun ke setahun


BAGAIMANA DENGAN MLTT PULAK ?

Kalau MLTT, amaun 300K itu akan kekal sepanjang tempoh pinjaman walaupun baki pinjaman itu dah berkurangan.

Yang bestnya wang pampasan akan diberikan kepada pewaris (bukan direct kepada bank). Pewaris akan gunakan wang pampasan untuk berurusan dengan pihak bank..

Faham ke faham ni?

Tak faham kalu, boleh licit link wasap saya kat bawah… Boleh kita sembang-sembang..


Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTT dan bukan MRTT ?



Perhatian  !!!!  Kepada pemilik rumah kediaman sekarang dan juga bakal-bakal pembeli rumah 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.


Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
  •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan rumah anda belum diinsuranskan dengan mana-mana pengendali or syarikat insuran/takaful ?
  •        Sedang dalam proses untuk membeli rumah kediaman anda ?
  •          Tidak tahu apa-apa pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTT or MRTT ?
  • Terma terma yang saya sebutkan di atas sebentar tadi tu, memang memeningkan kepala anda ?


Jika benar la begitu, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



INSURANS MRTT Vs MLTT


Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

            i)        MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
dan 
           ii)    MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTT.

MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta adanya tabungan cash value sekali gus.

Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTT kerana dalam MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan (cash value). 


Maknanya MRTT 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
Maknanya juga, dalam MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) di sepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen cash value pun daripada pihak syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.

Senario MRTT ini sama la macam kita ambil insurans kenderaan... Jika katakan kenderaan kita tidak mengalami apa-apa musibah (hilang, accident atau terbakar) sepanjang setahun kita ambil insurans kenderaan, maka tiada cash value langsung yang akan dipulangkan kembali kepada kita..



$$$   MLTT - Ada Cash Value   $$$

Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value). 

Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga (kalau umur 30an) yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan.

Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

Kad Perubatan Takaful, Ketahui bagaimana anda layak mendapat layanan Kelas Pertama dari mana-mana Hospital Panel Takaful di Seluruh Malaysia?



Kad Perubatan ini banyak membantu menyelesaikan Bil Rawatan Perubatan dan Pembedahan di Hospital Swasta walaupun ianya mencecah puluhan ribu ringgit sekali pun



 Apa yang saya akan saya kongsikan di laman ini ditujukan khas jika anda :-



Lebih cenderung untuk menggunakan servis di hospital swasta berbanding hospital kerajaan ?

Anda bekerja swasta dan ada kad perubatan yang disediakan oleh syarikat di tempat anda bekerja,

TETAPI .....

Menghadapi masalah kerana perlindungan yang dijamin bukan 100%. Ada setengah cover dan setengah lagi yang tidak cover?

Kad Perubatan di syarikat anda mempunyai had (limit) claim yang terlalu rendah. Asyik turun dari setahun ke setahun jer...

Anda risau kedudukan anda di tempat kerja anda sekarang ?
Ramai pekerja yang kena buang atau ditukarkan ke tempat kerja lain yang berjauhan dari tempat kerja anda sekarang...

p.s : Kalau dibuang atau berpindah tempat kerja baru, Adakah anda masih lagi dilindungi dengan Kad Perubatan Syarikat anda sekarang?

Anda tidak sanggup mengeluarkan duit poket sendiri untuk membiayai kos-kos rawatan yang menggila dihospital-hospital swasta.

Anda mahu, orang lain yang akan bayarkan kos rawatan anda jika ditakdirkan anda dimasukkan ke hospital?



Jika Ya, anda boleh teruskan pembacaan di laman ini..

Di laman ini saya akan dedahkan dahulu, maklumat-maklumat asas Kad Perubatan Takaful untuk memudahkan anda membuat keputusan memilikinya atau pun tidak.


Apakah Faedah-Faedah Utama Sekiranya Saya Memiliki Kad Perubatan Takaful Ini?




i)                    Jika anda sakit dan warded, 100% kos rawatan ditanggung takaful. Kad baru Takaful ini tiada lagi ko-takaful yang memerlukan anda membayar 10% dari kos rawatan hospital. Anda hanya perlu tunjukkan kad perubatan ini di kaunter/receiptionist Hospital Panel Takaful sahaja.. Selebihnya kakitangan hospital tersebut akan uruskan kemasukan anda ke hospital tersebut. Dapatkan Guarantee Letter (GL) akan diuruskan oleh kakitangan hospital. 

ii)               100% kos pre-warded juga akan ditanggung takaful. Maksudnya jika anda dikehendaki melakukan rutin pemeriksaan doktor sebelum anda benar-benar warded untuk rawatan atau pembedahan, kos untuk rawatan dan pemeriksaan awal sebelum warded ini pun akan ditanggung sepenuhnya oleh Takaful. 

iiii)                100% kos post-warded juga akan ditanggung takaful. Masa yang dibenarkan adalah 3 bulan selepas anda warded. Maksudnya selepas anda warded (keluar hospital) dan perlukan rawatan dan pemeriksaan susulan selepas warded, semua kos akan ditanggung oleh Syarikat Takaful. 

iv)                  Anda juga boleh ke hospital swasta yang lain (tak semestinya panel Takaful), tetapi kos rawatan anda kena bayar sendiri dahulu, ambil resit dan buat claim kepada Syarikat Takaful kemudiannya. 

v)                Jika anda warded di mana-mana hospital kerajaan (dah tentu bayarannya jauh lebih rendah dari hospital swasta), maka pihak Takaful akan pulangkan balik penjimatan yang sepatutnya ditanggung Syarikat Takaful dengan membayar balik kepada anda di dalam bentuk Elaun Harian Hospital dari RM50.00 ke RM250 sehari (bergantung kepada pelan kad perubatan yang anda ambil). 

vi)              Jika anda sihat memanjang dan tak pernah sakit atau tak pernah buat apa-apa claim, anda akan dapat balik sebahagian daripada sumbangan bulanan anda selama polisi ini berjalan.



Itu adalah sebahagian sahaja faedah yang bakal anda perolehi sekiranya anda memiliki Kad Perubatan ini..Amaun sebenar yang ditanggung takaful adalah bergantung kepada :_ 

i)                    Umur penyertaan anda sewaktu memohon kad ini, lagi muda memohon lagi rendah bayaran bulanannya. 

ii)                  Bayaran bulanan (akan bergantung kepada pelan kad perubatan yang dipilih). Lagi tinggi bayaran bulanan anda atau lagi tinggi pelan perubatan yang anda ambil ,lagi tinggi perlindungan RM yang ditanggung Takaful . 

iii)                Jantina – ada sedikit perbezaan perlindungan antara lelaki dan perempuan 

iv)                Jenis pekerjaan anda sama ada jenis pekerjaan berbahaya atau biasa-biasa sajer. Kerja sebagai polis/tentera dengan kerani pejabat akan berbeza perlindungannya..


Apakah Pilihan Pelan Kad Perubatan Yang Ditawarkan Takaful Kepada Anda?


»   Bahagian ini agak penting untuk anda ketahui supaya anda boleh memohon kad berdasarkan kemampuan dan keperluan anda.. Kalau ikutkan keperluan, semua orang nak kan bilik/katil VIP di hospital swasta, tetapi kena tengok juga budget kita…
»   Ini ringkasan pelan-pelan  yang anda boleh pilih mengikut budget anda yang disediakan di dalam kad Perubatan Takaful Ada pelan paling rendah (berkongsi bilik) sehingga ke Pelan VIP yang membolehkan anda mendapat sebilik seorang tanpa perlu berkongsi bilik dengan lain-lain pesakit.


     Pelan 200
Katil RM200 sehari untuk 1 atau 2 katil sebilik
     Pelan 300
Katil RM300 sehari. Biasanya untuk 1 katil sebilik. Bilik lagi besar

    Pelan 500
Katil RM500 sehari. Ini bilik VIP, satu katil satu bilik..





En Lazim, Kalau Saya Ingin Memohon Kad Perubatan Ini, Berapa Sumbangan Bulanan Sebulan?





Ramai yang bertanya soalan ini kepada saya sebenarnya (sama ada menerusi email atau SMS). Sebagaimana yang saya nyatakan pada bahagian atas laman ini, ianya bergantung kepada :-

1) Umur sewaktu memohon kad ini.
2) Pekerjaan
3) Merokok atau tidak ?
4) Pilihan pelan kad perubatan yang anda ingin miliki dan juga
5) Jantina.

»     Kalau anda hendak tahu secara tepat berapa sumbangan sebulan dan berapa pula amaun perlindungan dan simpanan, anda boleh SMS or Wassap :-

1) Nama,
2) Tarikh lahir dan
3) Pekerjaan anda 

ke no 019-435 2360