- Pelan Karisma Etiqa Takaful – adalah produk takaful keluarga yang dikeluarkan oleh Etiqa Takaful Berhad.
- Pelan ini sebenarnya adalah peningkatan (upgrading) daripada pelan Prima (juga ditawarkan oleh Etiqa Takaful yang menawarkan bonus setiap 3 tahun sekali).
- Memandangkan banyak persaingan dalam industri takaful dan insurans ini,(bagus juga banyak persaingan begini,he he he), pihak Etiqa Takaful telah menaiktaraf pelan Prima kepada Karisma dimana pelan terbaru ini (Karisma) menyediakan kemudahan simpanan dan perlindungan yang lebih baik berbanding Prima.
- Kalau dalam Pelan Prima, bonus dibayar setiap 3 tahun sekali, tetapi dalam Pelan Karisma bonus akan diberikan kepada pelanggan takaful setiap 2 tahun sekali. Ini bermakna setiap peserta takaful yang mengambil pelan Karisma akan secara automatic (tak payah nak isi borang apa-apa pun) akan menerima cheque setiap 2 tahun sekali. Cheque akan dihantar terus ke alamat peserta.
- Peningkatan pelan Prima ke pelan Karisma ini tidak dapat dielakkan bagi memastikan Etiqa Takaful dapat bersaing dengan lain-lain pengendali takaful di luar sana.
Siapa yang sesuai mengambil pelan Karisma ini ?
1) Kakitangan kerajaan/swasta yang mengambil skim pencen. Itu bermakna mereka tidak ada caruman simpanan dalam KWSP.
2) Usahawan-usahawan melayu yang bekerja sendiri dan sudah tentu tiada caruman simpanan dalam KWSP sebagai simpanan hari tua nanti.
3) Mereka yang tiada kemudahan perubatan melainkan terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memasuki hospital-hospital swasta.
4) Tiada kemudahan untuk memasuki hospital kerajaan terutama apabila sudah tidak bekerja nanti;
5) Mereka yang memerlukan sedikit wang poket bagi setiap 2 tahun sekali
Selain dari bonus yang saya akan perolehi setiap 2 tahun, apa faedah lain yang saya akan perolehi dengan mengambil pelan Karisma ini ?
- Dalam mana-mana insurans /takaful, peserta akan dapat 2 bentuk faedah, satu berupa tabungan simpanan dan satu lagi perlindungan (ini wajib ada). Antara perlindungan yang akan disediakan oleh Etiqa Takaful kepada peserta-peserta yang mengambil pelan Karisma adalah :-
- Tabung simpanan;
- Bonus setiap 2 tahun sekali;
- Elaun harian hospital, jika dimasukkan ke wad;
- Tabung penyakit kritikal, jika terkena salah satu dari 36 senarai penyakit kritikal ini;
- Tabung kemalangan, jika ditimpa musibah kemalangan. (note : Jatuh tangga pun dikira kemalangan, tak semestinya kemalangan janlanraya);
- Pengecualian daripada bayaran income tax;
- Pampasan akibat kematian mengalami kecacatan kekal
- Pampasan kepada pewaris akibat kematian;
- Tabung pengurusan jenazah yang akan dibayar serta merta sebaik menerima laporan dari pewaris.
Case Study Salah Seorang Pelanggan Saya
Bagi memudahkan pemahaman anda berkenaan pelan Karisma ini, saya bagi contoh salah seorang pelanggan yang telah mengambil pelan Karisma. Pelanggan ini dengan biodata beliau seperti di bawah :
Umur : 25 tahun;
Pekerjaan : Guru sekolah menengah,
Bayaran bulanan : RM200 sebulan;
Tempoh kontrak diambil : 30 tahun
Apa yang Etiqa Takaful boleh sediakan dengan bayaran RM200 sebulan selama 30 tahun beliau berikan kepada takaful ?
Secara ringkasnya adalah seperti dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di bawah :-
Jadual 1 – Simpanan dan perlindungan untuk peserta TN Karisma
No
|
Manafaat Polisi
|
RM 200 sebulan
|
1
|
Elaun harian hospital,jika dimasukkan ke wad sama ada di hospital kerajaan atau swasta.
|
RM 100 sehari
|
2
|
Tabung jika berlaku sebarang kemalangan
|
RM 20,000
|
3
|
Tabung penyakit kritikal. Bayaran bulanan akan dikecualikan
sekiranya disahkan mengalami salah satu dari 36 penyakit kritikal.
Polisi akan jalan seperti biasa.
|
RM 30,000
|
4
|
Simpanan yang boleh dikeluarkan apabila tamat tempoh matang (bila
polisi tamat). Andainya tiada sebarang pengeluaran dilakukan sepanjang
30 tahun polisi. Details amaun simpanan terkumpul mengikut tahun polisi
diambil adalah seperti dalam Jadual 2 di bawah
|
RM 46,867.24
|
5
|
Jumlah bonus setiap 2 tahun sekali
|
R11,210.09
|
6
|
Pengecualian cukai pendapatan
|
RM 2,400.00
|
7
|
Pampasan akibat berlaku musibah cacat kekal
|
RM 15,462
|
8
|
Pampasan yang diterima oleh ahli keluarga bila berlaku kematian sama ada kematian biasa atau disebabkan oleh kemalangan
|
RM 16,462
|
Jadual 2 – Jumlah simpanan dan pampasan kematian mengikut tahun caruman
Akhir Tahun Polisi | Umur Peserta | Bonus setiap 2 tahun (RM) | Tabungan Simpanan (RM) | Pampasan Kematian (RM) |
1 | 26 | 0 | - | 15,462 |
2 | 27 | 773 | - | 15,462 |
3 | 28 | 0 | 1,070 | 15,863 |
4 | 29 | 773 | 858 | 16,321 |
5 | 30 | 0 | 3,001 | 17,526 |
6 | 31 | 773 | 3,494 | 18,790 |
7 | 32 | 0 | 6,188 | 20,258 |
8 | 33 | 773 | 6,859 | 21,798 |
9 | 34 | 0 | 9,720 | 23,414 |
10 | 35 | 773 | 10,565 | 25,108 |
11 | 36 | 0 | 13,609 | 26,885 |
12 | 37 | 1,160 | 13,931 | 28,749 |
13 | 38 | 0 | 17,503 | 30,704 |
14 | 39 | 1,160 | 18,015 | 32,755 |
15 | 40 | 0 | 21,784 | 34,906 |
16 | 41 | 1,160 | 22,502 | 37,162 |
17 | 42 | 0 | 26,489 | 39,528 |
18 | 43 | 1,160 | 27,434 | 42,011 |
19 | 44 | 0 | 31,658 | 44,614 |
20 | 45 | 1,160 | 32,851 | 47,345 |
25 | 50 | 0 | 49,597 | 63,138 |
30 | 55 | 1,546 | 67,727 | 83,190 |
Itu untuk orang yang umurnya 25 tahun, kalau umur macam saya ni, berapa pulak yang saya layak terima ?
- Seperti dalam insurans kenderaan , kadar bayaran insurans kenderaan akan ditentukan berdasarkan kepada :-
- C.C kenderaan;
- Jenis Kenderaan (kereta kancil tak akan sama dengan BMW);
- Tahun kenderaan dibuat;
- NCD kenderaan yang dimiliki;
- Jumlah perlindungan yang diperlukan untuk kenderaan tersebut.
- Begitu juga dalam takaful keluarga (pelan Karisma ini salah satu pelan dalam takaful keluarga), ia akan bergantung kepada perkara-perkara berikut ;-
- Umur peserta sewaktu memohon polisi.
- Jenis pekerjaan sama ada berisiko atau tidak (Jumlah perlindungan untuk Angkatan Tentera/polis tidak akan sama dengan seorang kerani sekolah atau yang bekerja di dalam pejabat).
- Bayaran sebulan kepada pihak takaful. Yang ini jelas, kerana yang bayar tinggi sudah tentu akan dapat perlindungan yang lebih tinggi dari takaful;
- Tempoh kontrak yang diambil (ditandatangani) dengan Etiqa Takaful.
Jadi bagi menjawab soalan ini, saya perlukan maklumat profil anda. Sila scroll down dan isikan maklumat diri anda di bahagian bawah page ini. Saya hanya akan berhubung dengan mereka yang benar-benar berminat sahaja.