Showing posts with label insuran rumah. Show all posts
Showing posts with label insuran rumah. Show all posts

Wednesday, May 17, 2017

Insurans Rumah Kediaman Anda : Kenapa anda perlu ambil MLTA/MLTT dan bukan MRTA/MRTT ?



Perhatian  kepada pemilik rumah kediaman dan bakal-bakal pembeli rumah 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baca dan fahami betul-betul dahulu berkenaan insurans rumah anda sebelum anda menandatangani apa-apa perjanjian perumahan dan mendapatkan insuran rumah bagi melindungi rumah kediaman anda andainya terjadi apa-apa musibah kepada peminjam perumahan.


Sebelum itu, saya ingin bertanya anda. Adakah anda :-
  •       Mempunyai rumah sendiri (bukan rumah sewa) dan belum memiliki apa-apa insurans rumah anda ?
  •         Sedang dalam proses untuk membeli rumah ?
  •          Tidak tahu sepatah pun tentang pemilikan insurans rumah sama ada MLTA/MLTT or MRTA/MRTT ?


Jika Ya, anda boleh la teruskan pembacaan di laman ini.

Pada laman ini, saya akan kongsikan serba sedikit tentang jenis-jenis insurans rumah yang ada ditawarkan kepada pemilik rumah kediaman



INSURANS MRTA/MRTT Vs MLTA/MLTT


Pada dasarnya terdapat dua jenis insurans untuk perlindungan rumah kediaman anda yang terdapat di pasaran sekarang ini, iaitu :-

            i)        MRTA - Mortgage Reducing Term Assurance
       MRTT - Mortgage Reducing Term Takaful
dan 
           ii)    MLTA - Mortgage Level Term Assurance.
       MLTT - Mortgage Level Term Takaful

MLTA/MLTT ada sedikit perbezaan (tapi impactnya sangat besar) berbanding dengan MRTA/MRTT.

MLTA/MLTT menawarkan satu alternatif kepada peminjam rumah kediaman (housing loan) yang sedang mencari insurans rumah yang mempunyai perlindungan serta simpanan sekali gus.

Ini berbeza sama sekali dengan insurans MRTA/MRTT kerana dalam MRTA/MRTT, ianya langsung tidak mempunyai tabungan simpanan. 


Maknanya (MRTA/MRTT) 100% fee insurans yang dibayar oleh customer akan ditelan semuanya oleh syarikat insurans jika tidak berlaku sebarang musibah kepada pelanggan dalam tempoh kontrak pinjaman itu dibuat. 
Maknanya juga, dalam MRTA/MRTT pelanggan hanya mendapat faedah daripada bayaran insuran yang dibayar jika berlaku musibah (kematian or cacat kekal) disepanjang tempoh pinjaman itu dibuat.

Jika selepas tamat pinjaman (biasanya 35 tahun), peminjam masih kekal sihat walafiat, maka peminjam tak akan dapat satu sen benefit (cash value) pun daripada pihak bank or dari syarikat insurans dengan premium yang telah dibayar  untuk perlindungan selama tempoh 35 tahun itu.



$$$   MLTA/MLTT - Ada Cash Value   $$$

Ianya berbeza sama sekali dengan insuran MLTA/MLTT, kerana sebahagian daripada bayaran fee insurans akan dipulangkan balik kepada pelanggan dalam bentuk tunai RM (cash value).

Bukan sikit, tapi dalam puluh ribu juga yang akan dipulangkan balik jika tidak berlaku apa-apa musibah kepada pelanggan. Jumlah sebenar yang dipulangkan bergantung kepada caruman anda dan umur anda sewaktu memohon polisi ini.

Thursday, December 29, 2016

HIBAH TAKAFUL ? Faham ker ?


Sebetulnya HIBAH ni dalam bahasa Arab… Bahasa melayu nya Hadiah… Maksudnya di sini, apa benda atau barang apa yang kita nak bagi kepada orang yang kita sayang. Itu la hadiah atau HIBAH namanya.
Kalau HIBAH TAKAFUL pula, bahasa mudahnya untuk kita faham adalah merujuk kepada PAMPASAN KEMATIAN yang ada dalam Polisi Takaful yang kita ambil tu nak dihadiahkan atau nak diserahkan kepada siapa setelah kita meninggal (mati la senang cakap).
Satu perkara yang amat penting dalam HIBAH TAKAFUL adalah ianya tidak melalui proses tuntutan Faraid yang merumitkan dan memakan masa bertahun-tahun.
Biasanya, tuntutan melibatkan HIBAH TAKAFUL akan memakan masa 30 hari sahaja.
Selalunya pampasan kematian/hadiah/hibah takaful ni kita bagi kepada waris terdekat.

SIAPA WARIS TERDEKAT  ?

  • Kalau suami, of course la isteri, ibu/bapa atau pun anak-anak.
  • Kalau isteri, he he he.   Selalunya dia orang bagi kat anak-anak, kemudian ibu/bapa (jika masih ada). Nama suami biasanya tak ada langsung…. Normal la gini…kalau nak tahu kenapa? Tanya sang isteri laa…. Mereka lebih arif tentang hal ini…


Apa benefit nya kalau ambil HIBAH TAKAFUL ?
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
-          Pampasan kematian boleh diserahkan terus kepada penama (penerima hibah) TANPA perlu melalui proses tuntutan faraid dan wasiat…

-           Tuntutan Faraid atau Wasiat ni, makan masa tuan-tuan dan puan-puan…Boleh jadi tahun atau bertahun-tahun, baru settle..

-           TETAPI kalau tuntutan HIBAH ni dalam 30 hari jer prosesnya (jika semua dokumen tuntutan complete)

-          Kalau suami dah bubuh nama isteri sebagai Penerima Hibah, maka 100%  pampasan kematian tu akan jadi milik isteri 100%....

-          Kalau tak, isteri hanya layak 1/8 sahaja (bukannya 100%) daripada amaun tu…. Duit KWSP suami (sebagai contoh), jika suami meninggal, maka isteri hanya layak terima 1/8 sahaja.  KWSP tak laksana konsep hibah tau….

-          Jangan ingat, bila suami dah tiada, senang-senang boleh tuntut duit KWSP suami gitu sahaja… Lebih-lebih lagi kalau suami tak bubuh PENAMA dalam rekod dengan KWSP.


REAL CASE STUDY

  • Saya tak nak panjang kan cerita, saya nak bagi real case study salah seorang customer saya yang ambil pelan HIBAH TAKAFUL ni..
  •  Lagi mudah faham…. Kalau tulis berjela pun, mungkin tuan-tuan dan puan-puan confuse..


Profil Customer :



- Lelaki
- Kakitangan kerajaan (bekerja yang tidak begitu  ber risiko )
- 33 tahun
- Bergaji RM4,500 sebulan






Dengan memperuntukkan RM160 sahaja sebulan, bersamaan 3.56% SAHAJA daripada gajinya, beliau mendapat manfaat:

  1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000
  2. Tabung Penyakit Kritikal RM100,000
  3. Waiver… Ini yang bagusnya…Jika disahkan terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal, bayaran/sumbangan bulanan kepada takaful dikecualikan TETAPI polisi jalan seperti biasa.


1. Kematian atau kecacatan kekal (lumpuh) RM350,000

  • Jika ditakdirkan si suami meninggal, maka si isteri selaku penerima hibah boleh membuat tuntutan sebanyak RM350,000 kepada syarikat takaful.
  • Tapi, dalam jangkamasa 30 hari++, isteri akan memperolehi cheque bernilai RM350,000 daripada pihak takaful.
  • Jadi, duit ni la yang jadi pengganti kepada gaji suami selama ini…


2. Penyakit Kritikal RM100,000

  • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, maka suami boleh tuntutan sebanyak RM100,000 daripada pihak takaful.
  • Duit pampasan ni boleh diguna oleh suami untuk tujuan rawatan penyakitnya….Nak ke hospital, ke homeopathy, nak buat Acupuncture atau nak jumpa bomoh dukun sekalu pun untuk rawatan tradisional, perlu juga duit kan?
  • Jadi duit pampasan sakit kritikal ni, boleh diguna untuk tujuan ini.
  • Bayangkan jika kita tidak ada langsung polisi takaful…. Dah la sakit, nak kena pi berubat, duit pula x ada… parah kita dibuatnya…
  • Last-last terpaksa gadai apa yang ada… Kalau tak, terpaksa tebal kan muka merayu dengan adik beradik lain….


3. Waiver – Pengecualian Bayaran
  • Jika suami terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal, bayaran bulanan (RM160 sebulan) tu dikecualikan…Dah la dapat pampasan RM100,000, bayaran bulanan pula dikecualikan.
  • Maksudnya tak perlu  bayar apa-apa lagi, TETAPI polisi takaful jalan seperti biasa..Maksudnya pampasan kematian RM350,000 tu tetap sama walaupun suami dah tak bayar apa-apa kepada pihak takaful.
  •  Inilah baru betul HIBAH TAKAFUL yg sebenar. Bukan nya janji yang bukan-bukan.
  • Bukan macam setengah skim diluar sana… Masuk RM5,000, dapat RM500 (10%) tiap-tiap bulan. Dua kali dapat, lepas tu hilang lesap ntahh kemana..


BERMINAT NAK TAHU LANJUT 
PASAL HIBAH TAKAFUL?

Ingin tahu lanjut?


KLIK sahaja link wasap saya di bawah ini untuk terus wasap saya. Tak payah taip no phone saya pun.



Isikan borang di bawah untuk dapatkan konsultasi secara PERCUMA

Name:
Email :
No Phone :
Lokasi Anda :
Mesej Pesanan :

Click here to create your own form.